Connect with us

PUBG Mobile

‘Surat cinta’ OTG untuk Draxx

Published

on

OTG puji pemain Yoodo Gank, Draxx dalam satu penstriman langsung semalam.

KUALA LUMPUR – Pemain profesional PUBG Mobile bagi pasukan Yoodo Gank, Abdul Azim Ikromi Abdul Rashid (Draxx) mempamerkan aksi yang sangat cemerlang dalam Grand Final Liga Profesional Asia Tenggara (SEA Final) Musim Pertama 2020, kata pengulas e-sukan Parthiban Petchayappen (OnTheGo).

Jelas OnTheGo, Draxx berpeluang untuk menjulang trofi pemain terbaik (MVP) SEA Final pada hari ini.

“Draxx, anda bermain dengan sangat baik pada kelmarin dan semalam. Saya memang mengharapkan anda membawa balik trofi MVP, tidak kisahlah jika Yoodo Gank meraih tempat pertama atau kedua.

“Pastikan anda mendapat MVP dengan kills (mata bunuh) yang paling banyak esok.

“Anda bermain dengan sangat baik sepanjang dua hari ini. Pastikan anda beraksi dengan baik pada hari ini, ya? Saya berharap untuk melihat muka anda esok (dalam ranking pemain terbaik),” kata OnTheGo. 

OnTheGo berkata demikian dalam satu penstriman langsung di Facebook pada malam tadi bagi menjawab persoalan penonton yang memintanya mengulas mengenai prestasi Draxx.

OnTheGo secara ringkasnya turut berkata: “Draxx memang OP (terlalu hebat).”

Setakat semalam, Draxx berada di tempat pertama bagi senarai pemain terbaik dalam SEA Final.

Berikut adalah ranking terkini pemain terbaik selepas 10 pusingan SEA Final berlangsung:

  • 1. Draxx (Yoodo Gank ????????) – 24 kills
  • ⁣⁣⁣⁣⁣2. Beer 11 (RRQ Athena ????????)- 24 kills⁣⁣⁣⁣⁣
  • 3. Concept (King of Gamers Club ????????) – 18 kills
  • ⁣⁣⁣⁣⁣4. Fredo (⁣Yoodo Gank ????????)- 17 kills
  • ⁣⁣⁣⁣⁣5. Ryzen (Bigetron RA ????????) – 17 kills⁣⁣⁣⁣⁣

Draxx dan Yoodo Gank berjaya mengekalkan posisi tempat pertama dalam SEA Final setakat ini dengan 177 mata.

Yoodo Gank juga berjaya mencatat rekod sebagai pasukan pertama yang meraih tiga Chicken Dinner dalam SEA Final.

Berikut adalah keputusan Chicken Dinner SEA Final setakat 2 Mei 2020:

  • Yoodo Gank : 3 Chicken Dinner
  • Bigetron AROV : 1 Chicken Dinner
  • Team Secret: 1 Chicken Dinner
  • RRQ Athena : 2 Chicken Dinner
  • King of Games Club : 2 Chicken Dinner
  • ILLUMINATE The Murder: 1 Chicken Dinner

SEA Final Musim Pertama 2020 bakal memasuki hari terakhir ini dengan berbaki lagi lima pusingan.

Dua pasukan teratas dalam kejohanan ini akan mendapat slot mutlak untuk bertanding dalam Liga Dunia PUBG Mobile 2020.

SEA Final Musim Pertama 2020 menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM640,000 secara keseluruhan.

Tonton SEA Final Musim Pertama 2020 secara langsung di Facebook PUBG Mobile pada jam 3.30 petang nanti untuk memberikan sokongan kepada atlet-atlet e-sukan.

Sertakan sekali hashtag #MalaysiaBoleh bagi menyemarakkan lagi semangat kesukanaan dalam e-sukan.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved