Connect with us

PUBG Mobile

PMPL SEA FINAL: Jangan suruh kami bermain secara tidak sihat – Boyka

Published

on

Boyka mahu pasukan e-sukan Malaysia dipandang tinggi kerana bersaing secara sihat.

KUALA LUMPUR – “Tolong jangan suruh kami bermain secara tidak sihat.”

Itu tegas kapten pasukan PUBG Mobile Bigetron AROV, Khairunnazri Masli (Boyka).

Boyka berkata dia mahu pasukan-pasukan e-sukan Malaysia dipandang tinggi negara luar kerana corak permainan kompetitif yang sihat.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada penyokong yang sentiasa memberi semangat.

“Namun bagi penyokong-penyokong pasukan lain, tolong profesional. Jangan pm (hantar mesej peribadi) kepada saya. 

“Kita nak e-sukan negara kita dipandang tinggi negara luar. Tolong jangan suruh kami bermain dengan tidak sihat,” kata Boyka.

Boyka berkata demikian kepada pengulas e-sukan Andriyana Mohamed Ghazali (ChuChu) dalam satu temu bual Grand Final Liga Profesional PUBG Asia Tenggara (SEA Final) Musim Pertama 2020 pada petang tadi.

Meski berdepan pelbagai masalah sejak persiapan SEA Final, namun Boyka bersama anak-anak buahnya seolah-olah tidak pernah mengenal erti maksud berputus asa.

Sebelum SEA Final, Bigetron AROV berdepan dengan masalah internet dan salah satu pemainnya, Muhammad Shahir Iqbal (Rocky) mengalami masalah pendengaran.

Namun masalah internet itu berjaya diselesaikan dengan bantuan Kementerian Belia dan Sukan serta pihak Telekom Malaysia.

Rocky juga dilihat boleh beraksi dalam SEA Final.

Apabila SEA Final bermula semalam, Bigetron AROV difahamkan mengalami masalah bug pada pusingan kedua sehingga menyebabkan keempat-empat pemain itu terlepas untuk beraksi di peta Erangel itu.

BACA: Jika bukan internet, apa masalah Bigetron AROV pada map 2?

Walau bagaimanapun, kesemua perkara itu tidak lagi dilihat sebagai satu masalah besar dan dianggap sebagai satu cabaran yang perlu ditempuhi Bigetron AROV untuk bergelar yang terbaik di Asia Tenggara.

Hari ini, Bigetron AROV mencipta satu kejutan tersendiri. Bermula dari tangga yang agak corot dan terlepas satu pusingan semalam, Bigetron AROV ‘berdegil’ untuk tidak mahu terus berada di bawah.

Mereka berjaya mendapat satu Chicken Dinner pada petang tadi di Miramar yang sekali gus membaiki kedudukan mereka ketika ini.

Dari tangga ke-15, Bigetron AROV naik ke tangga ke-10.

Berbaki lagi tujuh pusingan, misi Bigetron AROV belum lagi tamat, iaitu mendapatkan slot ke liga dunia.

Selain Boyka dan Rocky, Bigetron juga dianggotai pemain muda yang mempunyai potensi tinggi Mohammad Zulfadli Abdul Rahman (Zully) dan Albar Fahreza (Hijrah)

SEA Final Musim Pertama 2020 dibawakan oleh Tencent dan disiarkan secara langsung di Facebook PUBG Mobile.

Teruskan berikan sokongan kepada pasukan-pasukan pilihan anda dengan hashtag #MalaysiaBoleh, #BTRWin, #TheOneandOnleh dan #SecretFighting!

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved