Connect with us

PUBG Mobile

PMPL SEA FINAL: Jika bukan internet, apa masalah Bigetron AROV pada map 2?

Published

on

Adakah Bigetron AROV akan mendapat pampasan mata berdasarkan situasi semalam?

64 PEMAIN, 16 pasukan.

Ini adalah jumlah yang sepatutnya ada pada setiap permulaan perlawanan gelanggang pertarungan maya jaguh-jaguh PUBG Mobile Asia Tenggara.

Namun satu perkara yang dianggap janggal terjadi dalam pusingan kedua hari pertama Grand Final Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara (SEA Final) Musim Pertama 2020.

Pasukan Malaysia, Bigetron AROV menjadi satu-satunya pasukan yang tidak kelihatan terjun dari kapal terbang di peta Erangel itu.

Pada minit pertama ini menunjukkan hanya 15 pasukan yang terjun dari kapal terbang.

Perkara tersebut lebih mengerutkan dahi dan menimbulkan tanda tanya, apabila tiada tindakan diambil dari pihak penganjur.

Perlawanan kemudiannya diteruskan sehingga pemain ONIC Esports Muhammad Erfan Rodhini (Alvirlo) mendapat first blood pada minit keempat dan 43 saat.

Memang tiada tanda seperti perlawanan akan dimainkan semula. 

Selepas 28 minit 48 saat, pasukan Thailand King of Gamers Club meraih Chicken Dinner yang pertama.

Melihat kepada situasi itu, ia menimbulkan beberapa persoalan apakah punca yang menyebabkan Bigetron AROV tidak beraksi dalam pusingan itu.

Adakah ia disebabkan masalah sambungan Internet di pihak Bigetron AROV? 

Kapten pasukan Bigetron AROV, Khairunnazri Masli (Boyka) dalam satu Instagram Story memuat naik satu video yang dilihat menguji kepantasan Internet  di kawasan yang dipercayai tempat Bigetron AROV bermain pada semalam.

Dalam video itu menunjukkan kepantasan internet itu mencecah sehinga 420.21 Mpbs.

Bigetron AROV juga ada membuat naik satu post penghargaan di Instagram kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merikan dan Pengarah Urusan Telekom Malaysia Datuk Noor Kamarul Annuar Nurridin kerana membantu menyelesaikan isu internet mereka yang hadapi sebelum ini.

Jadi, kesulitan timbul kerana masalah timbul internet dari pihak Bigetron AROV adalah sangat rendah.

Kenapa tak boleh restart dan apakah keadaan yang boleh dipertimbangkan untuk mendapat restart?

Dalam buku peraturan SEA Final 2020 (kemaskini April 2020), perkara 3.5 ada menyatakan:

Dalam perlawanan, keadaan-keadaan berikut boleh dijadikan sebagai syarat penyebab untuk bermain semula (restart):

a) Sekurang-kurangnya lima pemain terputus hubungan internet, tidak mampu untuk ke tempat bermain atau ke medan pertarungan tanpa terjun, permainan tersekat yang bukan berpunca dari masalah jaringan. Pihak penganjur akan restart perlawanan itu.

b) Lebih 10 pemain tidak boleh meneruskan untuk bermain kerana sebab-sebab tertentu selepas terjun (termasuk tetapi tidak melebihi 300 ping, terputus sambungan internet tanpa sengaja) Pihak penganjur akan restart perlawanan itu.

c) Ketetapan parameter peta perlawanan mengalami kesulitan, akan ada restart.

d) Masalah teknikal yang berlaku kepada sekurang-kurangnya kepada lima pemain, atau terputus hubungan selepas mendarat dalam masa 90 saat. (Masalah teknikal dan terputus hubungan kerana kesilapan pemain tidak akan diambil kira.

e) Sekurang-kurangnya lima pemain tidak boleh bergerak dalam medan perang dalam masa 90 saat, selepas pemain-pemain mendarat yang bukan berpunca dari masalah jaringan internet.

Dalam perkara 3.5 itu juga menyatakan, situasi-situasi yang berlaku di atas perlu disahkan dan keputusan sama ada perlawanan perlu dimainkan semula atau tidak berdasarkan syarat-syarat penyebab restart, perlu dilakukan dalam masa 5 minit selepas perlawanan bermula.

Perkara 3.5 itu juga ada menyebut, ketua pengadil juga mempunyai hak untuk tidak melakukan restart.

Jika tidak restart, apa yang akan berlaku?

Perkara 3.6 buku pemain SEA Final ada menyatakan mengenai Rules of No Restart (Peraturan Tidak Bermain Semula) yang memerlukan pihak penganjur untuk mengira mata berdasarkan skema atau formula pemarkahan yang ditetapkan.

Namun berdasarkan situasi pusingan kedua semalam jelas menunjukkan tiada tindakan restart diambil dan Bigetron AROV tidak meraih sebarang mata termasuk mata kedudukan. Kosong.

Secara keseluruhan, Bigetron AROV kini berada di kedudukan yang ke-15 semalam dengan 14 mata.

Pihak What’s The Meta Today kini sedang mendapatkan penjelasan dan jawapan pihak penganjur SEA Final mengenai perkara itu.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved