Connect with us

PUBG Mobile

PMPL SEA: Saya bangga dengan teammates saya – Man Parang

Published

on

Yoodo Gank kini berada di ranking pertama SEA Final Musim Pertama 2020. - Foto fail

PASUKAN PUBG Mobile popular tanah air, Yoodo Gank mengungguli tempat pertama dalam ranking keseluruhan Grand Final Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara Musim Pertama 2020 (SEA Final) pada semalam. 

Yoodo Gank berjaya mengutip 94 mata dengan dua Chicken Dinner dalam lima pusingan pertama SEA Final itu.

Kapten Yoodo Gank Aiman Mohd (Man Parang) berkata prestasi pasukannya pada hari pertama dalam perlawanan Asia Tenggara itu memang di luar jangkaan.

“Alhamdulillah kami dapat dua Chicken Dinner pada hari ini. Memang tak sangka. Saya tak pernah merasai perasaan seperti ini.

“Saya memang (berasa) sangat teruja dan bangga dengan rakan-rakan sepasukan saya kerana mereka memberikan yang terbaik. Saya bangga dengan mereka,” kata Man Parang.

Dia berkata demikian kepada pengulas SEA Final 2020 Andriyana Mohamed Ghazali (ChuChu) dalam satu temu bual secara langsung di Facebook PUBG Mobile.

LIHAT: Draxx mengamuk di Vikendi bila Yoodo Gank jumpa KOG

Jelas Man Parang, mereka mensasarkan untuk berada dalam kelompok lima terbaik dalam SEA Final itu.

Dia berkata fokus Yoodo Gank ketika ini adalah untuk cuba mengekalkan prestasi dalam perlawanan yang berbaki lagi 10 pusingan itu.

“Saya tidak mahu meletakkan harapan lebih kerana tidak mahu memberi tekanan kepada rakan sepasukan yang lain.

“Kami akan cuba konsisten, insyaAllah kami akan layak ke Liga Dunia,” tambahnya.

Selain Man Parang, Yoodo Gank turut dianggotai pemain-pemain berbakat besar iaitu Abdul Azim Ikromi Abdul Rashid (Draxx), Muhamad Izzrudin Hashim (Jumper) dan Ahmad Fuad Razali (Fredo).

Yoodo Gank kini berada dua mata di hadapan gergasi Thailand, RRQ Athena yang mengutip 92 mata ketika ini.

Momentum SEA Final ketika ini melihatkan pertukaran posisi antara tiga pasukan teratas yang melibatkan Yoodo Gank, RRQ Athena dan satu lagi jaguh Thailand King of Gamers (KOG) yang turut mengutip dua Chicken Dinner semalam.

Ketiga-tiga pasukan itu dilihat begitu ‘haus’ dalam mengejar dua slot mutlak ke Liga Dunia yang disediakan dalam SEA Final.

Berikut adalah keputusan kutipan Chicken Dinner SEA Final semalam:

  • Peta 1 – Erangel – Yoodo Gank ????????
  • Peta 2 – Erangel – King of Gamers Club????????
  • Peta 3 – Miramar – RRQ Athena ????????
  • Peta 4 – Sanhok – King of Gamers Club????????
  • Peta 5 – Vikendi – Yoodo Gank ????????

Sementara itu, dua lagi wakil Malaysia Team Secret dan Bigetron AROV, masing-masing berada di tempat kelima dan ke-15.

SEA Final Musim Pertama 2020 menyaksikan 16 pasukan terbaik Asia Tenggara berentap untuk merebut gelaran juara rantau itu.

Kejohanan itu menawarkan hadiah wang tunai kira-kira RM640,000.

PUBG Mobile

PMPL Indonesia: Bigetron RA juara, sertai Team Secret, Yoodo Gank SEA Finals

Published

on

Foto: Facebook / PUBG Mobile Indonesia

JUARA dunia Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur Bigetron Red Aliens sekali lagi menunjukkan bahawa mereka merupakan pasukan bertaraf dunia apabila muncul sebagai juara Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL) Indonesia Musim Kedua.

Menerusi kemenangan itu, Bigetron RA layak secara merit ke kejohanan PMPL Asia Tenggara (SEA Finals) Musim Kedua yang bakal memaparkan aksi-aksi pasukan-pasukan terbaik Asia Tenggara nanti.

Bigetron RA berjaya mengutip 831 mata secara keseluruhan, 61 mata di hadapan ION Esports yang menduduki tempat kedua.

Sempat ketinggalan 40 mata lebih antara ION Esports, Bigetron RA berjaya melakukan kebangkitan yang menakjubkan dengan mengutip tiga Chicken Dinner sekaligus melonjak ke kedudukan teratas.

BACA: PMPL Indonesia: “Ngeprank”?Juara dunia BTR RA kutip lagi tiga Chicken Dinner

Foto: PUBG Mobile Esports Indonesia

Walaupun mendominasi carta keseluruhan, pemain-pemain Bigetron RA terpaksa akur apabila gelaran MVP dan terminator liga PMPL Indonesia jatuh ke tangan pemain pasukan ION Esports, Eksarachman Jayanto (RedFaceN).

RedFacen berjaya mengutip rating sebanyak 1.64 dan mendahului carta bunuh liga dengan, 138 mata bunuh secara total.

Gelaran Terminator peringkat liga dinobatkan kepada pemain yang berjaya mengutip mata bunuh tertinggi bagi peringkat liga tersebut.

Foto: PUBG Mobile Esports Indonesia

Kelayakan pasukan Bigetron RA ke peringkat Asia Tenggara sekaligus menimbulkan persoalan samada pasukan itu mampu melayakkan diri ke peringkat seterusnya untuk mempertahankan gelaran juara dunia.

PMPL Indonesia telah berlangsung sejak 14 Ogos yang lalu dan akan tamat pada 27 September.

Liga PMPL Indonesia menawarkan jumlah wang terkumpul sebanyak kira-kira RM628 ribu (AS$150,000) secara keseluruhan.

Continue Reading

PUBG Mobile

PMPL: Yoodo Gank sah dapat slot ke PMPL SEA Final

Published

on

Foto: Facebook / PUBG Mobile

KUALA LUMPUR- Pasukan profesional PUBG Mobile yang sinonim dengan gelaran “The One and Onleh”, Yoodo Gank sah mendapatkan slot automatik ke kejohanan Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara (PMPL SEA) bagi Musim Kedua.

Ia berikutan kemenangan pasukan tersebut dalam Grand Final Liga Profesional Asia Tenggara (SEA Final) Musim Pertama 2020 pada Mei lalu.

Perkara tersebut diumumkan dalam penstriman langsung Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia Singapura (PMPL MYSG) Musim Kedua seketika tadi.

Dalam PMPL MYSG Musim Kedua, Yoodo Gank menamatkan saingan bagi peringkat liga di tangga kesembilan dengan 549 pungutan mata.

Yoodo Gank yang terdiri daripada Azim Ikromi (Draxx), Aiman Mohamad (Man Parang), Muhamad Izzrudin Hashim (Jumper) dan Ahmad Fuad Razali (Fredo) dan Azmal Jasni (iNaoki) berjaya mengutip empat Chicken Dinner secara total sepanjang peringkat liga.

Foto: PUBG Mobile
Foto: PUBG Mobile

Kapten pasukan Manparang pernah berkata dalam satu temubual tamat perlawanan bahawa peringkat liga PMPL menjadi platform bagi pasukan mereka untuk membina keserasian bersama ahli baharu, iNaoki sebelum peringkat akhir PMPL nanti.

Selain itu, pasukan Team Secret MY turut bakal mewakili negara Malaysia ke kejohanan Asia Tenggara tersebut nanti selepas muncul sebagai penyandang tempat pertama peringkat liga dengan 760 mata jauh di hadapan pasukan-pasukan lain.

Dua lagi slot akan diberikan kepada pasukan Malaysia ke peringkat antarabangsa itu dan ia akan ditentukan pada 25-27 September nanti dalam gelanggang terakhir 16 pasukan terbaik Malaysia, Grand Final PMPL MYSG! ⁣

BACA: PMPL:Team Secret MY gah dengan 760 mata, dapat slot ke SEA Final

Continue Reading

PUBG Mobile

PMPL: uHigh mempertahankan gelaran Terminator kejohanan Liga PMPL Musim Kedua

Published

on

KUALA LUMPUR– 104 mata bunuh.

Itu jumlah yang berjaya dikutip oleh pemain profesional PUBG Mobile, Dhiya Ulhaq Mohd Arasz (uHigh) dari Team Secret MY untuk mempertahankan gelarannya sebagai Terminator Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MYSG) bagi Musim Kedua.

Menerusi kemenangan itu, pemain yang berusia 16 tahun itu membawa pulang kira-kira RM4,980 (AS$1,200).

Pada hari terakhir kejohanan liga PMPL MYSG, uHigh berjaya mengutip sebanyak empat mata bunuh untuk mengekalkan kedudukannya di tangga teratas carta Terminator liga.

Berikut merupakan lima pemain PMPL MYSG yang berjaya mengutip mata bunuh tertinggi sepanjang empat minggu liga berlangsung;

  • 1) Secret uHigh – 104 mata bunuh
  • 2)RSG IronPro – 99 mata bunuh
  • 3)Yoodo Fredo – 98 mata bunuh
  • 4) SMG Putra – 96 mata bunuh
  • 5)J8 DamQT – 95 mata bunuh

Gelaran Terminator peringkat liga dinobatkan kepada pemain yang berjaya mengutip mata bunuh tertinggi bagi peringkat liga tersebut.

uHigh bersama pasukan Team Secret MY juga berjaya menduduki tangga teratas bagi peringkat liga PMPL MYSG sekaligus berjaya melayakkan diri ke kejohanan PMPL Asia Tenggara nanti.

Menerusi kemenangan itu, Team Secret MY juga berjaya meloloskan diri ke Grand Final Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara (SEA Final) dan akan menyertai pasukan senegara Yoodo Gank ke peringkat itu.

BACA: PMPL:Team Secret MY gah dengan 760 mata, dapat slot ke SEA Final

Jangan lupa saksikan peringkat akhir kejohanan PMPL MYSG pada 25 September nanti yang akan melibatkan 16 pasukan terbaik dari Malaysia dan Singapura.

PMPL MYSG menawarkan hadiah wang terkumpul RM 620,000 secara keseluruhan.

Continue Reading

Trending

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved