Connect with us

PUBG Mobile

Kami bukan yang terbaik, masih belajar dari SEA – ScoutOP FNATIC

Published

on

Foto: Instagram / @scout_pubg

PEMAIN profesional pasukan FNATIC bagi skuad PUBG Mobile Tanmay Singh (ScoutOP) mengakui mereka bukan pasukan yang terbaik.

Jelas ScoutOP, dia menjadikan rantau Asia Tenggara dan China sebagai contoh untuk mempelajari perkara-perkara berkaitan PUBG Mobile.

”Benar, kami bukan yang terbaik. Kami mempelajari dari rantau Asia Tenggara dan China.

“Tiada apa yang perlu dimalukan dalam mempelajari perkara-perkara baik. 

“Hormati kesemuanya,” kata ScoutOP dalam satu catatan Instagram Story pada Sabtu.

Dia berkata demikian sebagai satu reaksi kepada pengulas e-sukan India, Amir Gourav yang menyatakan tiada lagi jurang kekuatan antara pasukan Asia Tenggara dan Asia Selatan.

Amir berkata: “Ia merupakan satu perkara yang membanggakan untuk menyaksikan pasukan Asia Selatan mendominasi permainan hari ini (Sabtu) terutama FNATIC, Powerhouse dan TSM Entity.

“Tiada lagi jambatan (yang memisahkan) antara Asia Selatan dan Asia Tenggara.

“Pada masa akan datang, pemain-pemain India akan mengatasi pasukan China juga. Terima kasih kerana bermain sepenuh hati,” katanya

ScoutOP dan FNATIC berada di tangga kedua dalam scrim (perlawanan persahabatan) antara pasukan Liga Profesional (PMPL) Asia Selatan dan Asia Tenggara yang diadakan pada hujung minggu lalu.

BACA: Mortal dilenyek uHigh, pengulas Indonesia terdiam 6 saat

Dalam 15 pusingan yang dimainkan, mereka mengumpul 150 mata dan mencatat rekod Chicken Dinner terbanyak iaitu sebanyak 3 kali.

ScoutOP juga berada di tangga kedua bagi ranking pemain yang mengutip mata bunuh terbanyak iaitu dengan 21 kills.

Scrim tersebut dibawakan oleh Tencent disiarkan secara langsung di Facebook dan YouTube PUBG Mobile.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved