Connect with us

General

3 pengasas Team Bosskurr raih lebih 1 juta follower di Facebook

Published

on

DARI KIRI: Fredo, Soloz, Penjahat dari Team Bosskurr telah meraih 1 juta pengikut di Facebook.

TIGA pengasas organisasi e-sukan popular tanah air Team Bosskurr iaitu Mohd Faris Zakaria (Soloz), Ahmad Fuad Razali (Fredo) dan Sofian Sultan (Penjahat) kini meraih lebih satu juta pengikut di Facebook.

Soloz mencatat rekod itu buat pertama kali pada Mac 2020, manakala Fredo pada Jun 2020.

Terbaharu, Penjahat yang mencatat rekod itu pada semalam.

https://www.instagram.com/p/CG7XmdOJG-0/

BACA: Team Bosskurr tersenarai pasukan popular Asia Tenggara

Selain trio itu, Team Bosskurr terdiri daripada pemain kompetitif dan penghibur penstriman langsung popular tanah air iaitu Nureddy Nursal (Daddyhood), Abdul Wandi Abdul Kadir (Logan), Andi Alfan Firman (Gripex) dan Herwin Baharuddin (Rush).

Team Bosskurr ditubuhkan pada 9 November 2018 selepas Soloz, Fredo, Penjahat, Logan, Gripex dan Rush digugurkan dari barisan utama skuad Mobile Legends pasukan Air Asia Saiyan.

Bermula hanya dari tujuh individu, organisasi e-sukan itu telah mempunyai beberapa skuad e-sukan termasuk Mobile Legends, PUBG Mobile dan FIFA 21.

Kesemua pengasas Team Boskurr kecuali Fredo kini sedang memberi tumpuan kepada bidang penstriman langsung di samping merekrut dan melatih bakat-bakat baharu dalam dunia kompetitif e-sukan.

Fredo ketika ini sedang bermain untuk salah satu pasukan PUBG Mobile popular tanah air, Yoodo Gank.

Pada 16 Oktober lalu, Team Bosskurr dinobatkan sebagai organisasi e-sukan kelapan paling popular di Asia Tenggara oleh Esports Charts.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved