Connect with us

General

Soloz tercalon dalam Anugerah Melodi Drama Sangat 2020

Published

on

Foto: Facebook / Faris Zakaria

KUALA LUMPUR – Penghibur penstriman langsung Facebook Gaming Nombor 1 Malaysia, Mohd Faris Zakaria (Soloz) tercalon dalam Anugerah Melodi Drama Sangat 2020.

Menerusi acara anugerah itu, Soloz tercalon dalam kategori ‘Selebriti Digital Sangat’.

Menurut portal penganjur anugerah itu, xtra, kategori itu adalah bagi mereka yang mempunyai populariti dengan jutaan pengikut dan mempunyai perwatakan mesra di media sosial.

Soloz merupakan antara nama besar dalam industri dan komuniti e-sukan tanah air yang mempunyai 1.9 juta pengikut di Facebook, 1 juta pengikut di Instagram dan 1.09 juta pelanggan di YouTube setakat artikel ini ditulis.

Dia juga sering digelar sebagai ‘Maharaja’ dalam kalangan peminat.

Dalam kategori yang mempunyai 10 calon-calon itu, Soloz menjadi satu-satunya wakil dari industri e-sukan tanah air.

Soloz bersama calon-calon Selebriti Digital Sangat Anugerah Melodi Drama Sangat 2020. -Foto xtra.com.my

“Saya pun sebenarnya tak tahu, tapi ada orang kongsikan kepada saya (mengenai pencalonan itu). 

“Saya pun tak pandai berlakon,” kata Soloz secara ringkas dalam satu penstriman langsung pada malam tadi mengenai reaksinya tentang pencalonan itu.

Undian bagi pencalonan anugerah itu boleh dilakukan secara atas talian di laman xtra.

Undian juga telah dibuka sejak 28 Oktober lalu sehingga 30 November nanti.

Pengguna diberi peluang untuk mengundi sebanyak 10 kali pada setiap hari.

Anugerah Melodi Drama Sangat 2020 dibawakan oleh xtra, portal berita hiburan dan gaya hidup dari Media Prima.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved