Connect with us

General

Soloz catat 2 juta pengikut di Facebook!

Published

on

Foto fail

KUALA LUMPUR – Penghibur penstriman langsung Facebook Gaming Nombor 1 Malaysia, Mohd Faris Zakaria (Soloz), mencatatkan rekod 2 juta pengikut di akaun media sosial itu.

Soloz yang merupakan salah satu pengasas utama organisasi e-sukan popular tanah air Team Bosskurr, kini mempunyai 2,000,256 pengikut Facebook setakat artikel ini ditulis.

Soloz merupakan antara nama besar dalam industri dan komuniti e-sukan tanah air.

Selain mempunyai jumlah pengikut yang ramai di Facebook, Soloz juga mempunyai 1 juta pengikut di Instagram dan 1.09 juta pelanggan di YouTube.

Dia juga sering digelar sebagai ‘Maharaja’ dalam kalangan peminat.

Antara pencapaian Soloz dalam dunia penstriman langsung termasuk Anugerah Pencipta Kandungan Facebook yang Paling Banyak Menerima Jumlah Tontonan di Malaysia yang pernah dimenanginya pada Julai 2019.

Pada Mei lalu, beliau mendapat pengiktarafan dari Malaysia Book of Records sebagai pemegang rekod yang mempunyai Pengikut Facebook (E-Sukan) Paling Banyak.

BACA: “Soloz nak tolong kami macam dia pernah dibantu dulu,” – Superboi Anti Circle

Selain bekerja sebagai penghibur penstriman langsung, Soloz juga menaja sebuah pasukan PUBG Mobile tanah air, Anti Circle.

Menurut Soloz, pemain-pemain Anti Circle yang merupakan finalis Grand Final Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MYSG) Musim Kedua itu mempunyai potensi dan bakat besar dalam e-sukan.

Sebelum menjadi penghibur penstriman langsung sepenuh masa, Soloz merupakan pemain profesional Mobile Legends.

BACA: Soloz masih bersama Bosskurr, fokus kepada hiburan – Daddyhood

Pada 2018, dia pernah mewakili Mysterious Assassins pada musim pertama Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia dan Singapura.

Pada tahun yang sama, Soloz kemudiannya menyertai AirAsia Saiyan dan mewakili Malaysia di Piala Asia Tenggara (MSC) yang berlangsung di Jakarta, Indonesia.

Soloz juga pernah berada dalam satu pasukan dota 2 bersama pemain antarabangsa Yap Jian Wei (xNova). PSG.LGD

Oh, jangan lupa undi Soloz dalam Anugerah Melodi Drama Sangat 2020.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved