Connect with us

General

Soloz menang Anugerah ERA Digital Muzik Awards 2020

Published

on

Foto: Facebook / Faris Zakaria

KUALU LUMPUR – Penghibur penstriman langsung Facebook Gaming dari Team Bosskurr, Mohd Faris Zakaria (Soloz) telah memenangi Anugerah ERA Digital Muzik Awards (EDMA) 2020 pada malam tadi.

Soloz yang mengalahkan beberapa pencabar lain memenangi katogeri Influencer PKP ERA.

https://www.instagram.com/p/CKjiMytJCnN/

“Saya pun tak tahu tapi tadi masa sampai rumah, tiba-tiba ada orang bagi anugerah ini. Saya pun tak tahu, tapi dah dapat bukan? Nak buat macam mana.

“Saya tak jangka pun boleh menang tapi sebab ramai yang menyokong dari dulu sampai sekarang.Tahu-tahu sahaja, sudah menang. Memang rezeki.

“Ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat, saya akan teruskan penstriman langsung dan cuba yang terbaik untuk memenangi anugerah lain kalau ada,” katanya dalam satu temu bual EDMA.

Dalam kategori itu, Soloz yang terkenal dalam kalangan komuniti gaming dan e-sukan mengalahkan pempangaruh dari pelbagai latar belakang seperti Azfarheri, Sofyank, Sir Fathi, dan Durian Kimchi.

Soloz sebelum ini tercalon dalam kategori itu pada awal Disember tahun lalu.

Anugerah EDMA itu memberi kuasa kepada peminat untuk mengundi personaliti pilihan secara atas talian.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved