Connect with us

Mobile Legends

Maharaja Soloz kini raih 1,000,000 pengikut di Facebook

Published

on

Setakat pagi ini, laman Facebook Soloz mencatatkan 1,007,042 pengikut dengan 404,094 likes. - Foto Facebook Soloz

KUALA LUMPUR – Penghibur penstriman langsung Facebook Gaming nombor 1 Malaysia, Mohd Faris Zakaria (Soloz) kini meraih lebih 1 juta pengikut di platform media sosial itu.

Setakat pagi ini, laman Facebook Soloz mencatatkan 1,007,042 pengikut dengan 404,094 likes.

Soloz merupakan antara pemain e-sukan yang popular di negara ini sehingga mendapat gelaran ‘Maharaja Soloz’ dalam kalangan peminatnya.

Antara pencapaian Soloz dalam dunia penstriman langsung termasuk Anugerah Pencipta Kandungan Facebook yang Paling Banyak Menerima Jumlah Tontonan di Malaysia yang pernah dimenanginya pada Julai 2019.

Sebelum menjadi penghibur penstriman langsung sepenuh masa, Soloz merupakan pemain profesional Mobile Legends.

BACA: Soloz masih bersama Bosskurr, fokus kepada hiburan – Daddyhood

Pada 2018, dia pernah mewakili Mysterious Assassins pada musim pertama Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia dan Singapura.

Pada tahun yang sama, Soloz kemudiannya menyertai AirAsia Saiyan dan mewakili Malaysia di Piala Asia Tenggara (MSC) yang berlangsung di Jakarta, Indonesia.

Namun disebabkan beberapa masalah berlaku yang melibatkan kontrak kejohanan, Air Asia Saiyan membuat keputusan untuk protes dan menarik diri.

Tindakan itu turut mendapat perhatian bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Pada musim liga yang berikutnya, Soloz dan AirAsia Saiyan mendapat jemputan terus ke MPL. 

Pasukan itu kemudiannya dijenamakan semula sebagai Team Bosskurr pada musim ketiga selepas AirAsia Saiyan membuat keputusan untuk melepaskan kesemua pemain utama mereka.

Pada pertengahan tahun lalu iaitu sebelum MPL keempat bermula, Team Bosskurr mendapat tajaan daripada platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, Shopee.

Selepas mendapat tajaan itu, Team Bosskurr kemudiannya dikenali sebagai Shopee Bosskur.

Pada Ogos 2019, Soloz menggantikan tempat Ahmad Fuad Razali (Fredo) sebagai kapten skuad Mobile Legends Bosskurr.

Ia berikutan selepas Fredo membuat keputusan untuk berehat dari e-sukan itu.

BACA: Fredo berehat dari MLBB, fokus lebih kepada PUBG Mobile

Soloz juga dipilih sebagai pemain MVP (Pemain Terbaik) bagi peringkat  MPL Musim Keempat. 

Soloz menutup tirai tahun 2019 dengan pencapaian yang baik bersama skuad Bosskurr apabila mereka menyumbangkan pingat gangsa untuk Malaysia pada Sukan SEA 2019 di Manila, Filipina.

Perjalanan Soloz dalam e-sukan sebenarnya bermula lagi awal lagi apabila dia berjinak-jinak dengan Dota 2.

BACA: “Mestilah saya ingat Soloz, dia superstar sekarang”- xNova

Soloz juga pernah berada dalam satu pasukan dota 2 bersama pemain antarabangsa Yap Jian Wei (xNova). PSG.LGD

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved