Connect with us

Mobile Legends

MPL: Tolong faham situasi kami, Team Bosskurr sentiasa mahukan yang terbaik – Hangus

Published

on

Menurut jurulatih Team Bosskurr, Hangus, pasukan itu dikatakan masih mencari keserasian sebab itu, Logan, Rush dan 2ez4jepv saling bertukar posisi. - Foto Facebook / Mobile Legends

KUALA LUMPUR – Jurulatih pasukan Mobile Legends : Bang Bang (Mobile Legends) tanah air, Team Bosskurr, Muhammad Rifhan Mohd Rizal (Hangus) mengharapkan penyokong dan pasukan itu memahami situasi mereka ketika ini.

Hangus berkata meski setiap pemain Team Bosskurr mempunyai skil individu tersendiri namun mereka belum mencapai keserasian bersama dalam tampung (patch) terbaharu Mobile Legends. 

“Peranan yang mereka mainkan sebelum ini banyak berubah berikutan tampal terbaru Mobile Legends yang memberi kesan segi meta (strategi) dan corak permainan.

“Team Bosskurr dikatakan masih mencari keserasian sebab itu, Logan, Rush dan 2ez4jepv saling bertukar posisi,” kata Hangus kepada What’s The Meta Today.

Hangus berkata demikian ketika mengulas prestasi Team Bosskurr dalam Liga Profesional Malaysia dan Singapura (MPL MY/SG) yang dilihat semakin merudum pada musim kali ini.

Setakat ini Team Bosskurr mencatatkan 3 kekalahan iaitu tewas 1-2 kepada Geek Fam, Team SMG dan Todak serta satu kemenangan 2-1 kepada Axis Esports.

Ketika ini Team Bosskurr berada di kedudukan ketujuh secara keseluruhan. 

Pada musim kali ini, barisan utama Team Bosskurr terdiri daripada:

  • Rush
  • Logan
  • Zaraki
  • Syno
  • 2ez4jepz
  • Leixia

Sementara itu, Hangus mengharap agar peminat dan penyokong Team Bosskurr memahami yang usaha mereka yang sentiasa mahukan yang terbaik untuk pasukan itu.

“Saya tidak menghalang peminat atau penyokong memberikan pendapat.

“Cuma saya minta tolong memahami situasi kami. Kami sentiasa mahukan yang terbaik.

“Kami berlatih siang dan malam untuk menang. Siapa mahu kalah bukan? Mungkin belum rezeki kami untuk menang,” kata Hangus.

Dia berkata Team Bosskurr berazam untuk bangkit lebih bersemangat dari kekalahan sebelum ini.

Hangus juga berkata hampir setiap hari mereka akan melakukan latihan bersama pasukan-pasukan Mobile Legends luar negara.

MPL MY/SG yang menawarkan hadiah wang terkumpul RM410,000 secara keseluruhan merupakan liga utama untuk Mobile Legends bagi kedua-dua negara itu dan telah berlangsung sejak 29 Februari lalu.

BACA: MPL MY/SG Musim Kelima sah ditunda

Bagaimanapun, liga itu ditunda berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan kerajaan pada Ahad lalu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved