Connect with us

Mobile Legends

Mobile Legends: MSC kembali di Filipina, dengan habuan RM630,000

Published

on

Hadiah wang terkumpul kira-kira RM630,000 (AS$150,000) menanti para peserta.

KEJOHANAN utama Mobile Legends : Bang Bang (Mobile Legends), Piala Asia Tenggara (MSC) 2020 akan diadakan sekali lagi di Filipina pada 10 sehingga 14 Jun nanti.

MSC yang melibatkan pertarungan pasukan-pasukan terbaik Asia Tenggara itu menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM630,000 (AS$150,000), yang dilihat meningkat naik berbanding tahun lalu yang menawakan kira-kira RM500,000 (AS$120,000).

Bertemakan #BerjuangDemiKebangkitan, kejohanan MSC akan melibatkan negara Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina, Kemboja, Vietnam, Myanmar, dan Laos.

Pusingan peringkat kumpulan akan berlangsung pada 10-11 Jun, manakala acara utama akan berlangsung di 12-14 Jun di SM Mall Asia Arena, Manila, Filipina.

Pada tahun lalu, pasukan Indonesia Onic Esports muncul sebagai juara MSC 2019 dan membawa pulang hadiah wang terkumpul kira-kira RM281,000 selepas mengalahkan pasukan senegara Louvre Esports 3-0.

Pada kejohanan itu juga, menyaksikan pemain Malaysia, Lu Khai Bean muncul sebagai pemain Terbaik bagi Grand Final MSC 2019.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved