Connect with us

Mobile Legends

MPL: “Jangan terlalu hentam ketika mereka jatuh, sokong Todak untuk bangkit,” – Hangus

Published

on

Hangus (dua dari kiri) ketika bersama pasukannya sebelum ini Todak dalam satu perlawanan Mobile Legends. - Foto Facebook / Hangus Gaming

KUALA LUMPUR – Memang satu lumrah dalam arena kompetitif e-sukan jika seseorang itu tidak selalu berada di atas, kata jurulatih Team Bosskurr, Muhammad Rifhan Mohd Rizal (Hangus).

Hangus berkata peminat dan penyokong e-sukan sepatutnya perlu terus memberi semangat kepada Todak untuk mereka bangkit semula dalam Liga Profesional (MPL) Malaysia dan Singapura Musim Kelima.

“Bila mereka jatuh, sokong dan beri semangat untuk Todak kembali bangkit.

“Cubalah beri sokongan kepada mereka. Todak membawa nama Malaysia ketika Piala Dunia M1 dan kita patut berterima kasih kepada Todak.

“Ini tidak, lagi mengecam mereka akan menjatuhkan ketahanan mental mereka. Tolonglah, ini pasukan Malaysia,” kata Hangus.

Hangus yang merupakan bekas jurulatih Todak berkata demikian dalam satu posting di Facebook WTM Today yang menyeru komuniti e-sukan memberi semangat kepada Todak.

Todak yang merupakan pasukan nombor 1 Malaysia, dilihat beraksi kurang baik pada minggu pertama MPL.

Mereka tewas kepada dua pasukan Singapura, EVOS SG 2-0 dan NV Bosskur 2-1.

Berikutan komen Hangus itu, ada dalam kalangan komuniti memberi reaksi yang berbeza.

Pengguna Facebook Syarifuddin Azizi berkata dia berharap dengan teguran Hangus itu, lebih ramai yang akan memberikan semangat kepada semua pasukan Malaysia.

“Buanglah sifat dengki itu, sokong sahaja semua pasukan Malaysia,” katanya.

Sementara itu, pengguna Facebook Sofiy Fixie Jo pula mempunyai pandangan yang berbeza berikutan kekecewaannya sebagai peminat.

Dia berkata corak permainan Todak pada minggu pertama memang satu kekecewaan.

“Saya bukan mahu mengecam, saya sokong Todak. Saya cuma kecewa dengan corak permainan yang dilihat berbeza jauh dengan MPL sebelum ini, katanya.

Sementara itu, seorang lagi komuniti e-sukan Shairazie Khaidzir berkata sebenarnya corak permainan Todak tidak jauh beza sehingga boleh diramal pihak lawan.

Meta Todak lebih kurang sama dan pihak lawan dilihat boleh meramal dan membalas semua strategi Todak. Todak perlu tukar strategi dan urusan taktikal mereka,”katanya.

Todak merupakan antara pasukan yang sedang bertanding dalam MPL Musim Kelima.

MPL Malaysia dan Singapura Musim 5 merupakan liga utama untuk Mobile Legends bagi kedua-dua negara ini.

Liga ini merangkumi peringkat kelayakan dan Musim Liga yang berlangsung dalam talian, diikuti dengan acara secara langsung pusingan penentu di mana lapan pasukan terakhir akan bertempur untuk berkongsi hadiah terkumpul bernilai kira-kira RM410,000.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved