Connect with us

Mobile Legends

MPL: Antara Harimau dan Ikan, haiwan mana akan dimanjakan hari ini?

Published

on

Siapa yang akan 'dimanjakan' pada hari perlawanan pembukaan ini?

KUALA LUMPUR – Gelanggang maya utama bagi e-sukan Mobile Legends bagi pemain di Malaysia dan Singapura, Liga Profesional (MPL) bakal memulakan pertarungan pada hari ini.

MPL Musim Kelima itu bakal dimulakan antara gergasi Malaysia dan Singapura iaitu Todak dan EVOS SG.

Umum mengetahui kedua-dua pasukan tersebut pernah terpalit dengan satu kontroversi pada grand final musim yang lalu.

Pada Grand Final itu, EVOS SG meraih kemenangan 3-2 dan berjaya membenam badi mereka yang sebelum ini meraih tempat kedua pada sejak musim kedua.

Kini mereka bakal bertemu kembali dalam liga utama Mobile Legends kedua-dua negara negara itu.

Todak mengekalkan barisan pemain utama mereka iaitu :

  • Ciku
  • Eone
  • Lychee
  • Moon
  • Nenas
  • Xray

Sementara itu, Nik Hafif Aiman Nik Hazlan (Manity) bertindak sebagai jurulatih dan Ariff Iswandi sebagai penganalisis.

Bagi pasukan EVOS SG, mereka melakukan beberapa pertukaran pemain untuk memberi nafas baharu dalam corak dan stail permainan. Mereka adalah:

Bagi MPL Musim Kelima, berikut adalah barisan pemain utama mereka: 

  • Soul
  • OhDeerBambi
  • JPL
  • Lun
  • Fossa
  • Pokemon

MPL Malaysia dan Singapura Musim 5 merupakan liga utama untuk Mobile Legends bagi kedua-dua negara ini.

Liga ini merangkumi peringkat kelayakan dan Musim Liga yang berlangsung dalam talian, diikuti dengan acara secara langsung pusingan penentu di mana lapan pasukan terakhir akan bertempur untuk berkongsi hadiah terkumpul bernilai kira-kira RM410,000.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved