Connect with us

Mobile Legends

Kenali satu-satunya pemain wanita MPL Musim Kelima, Qian NV Bosskurr

Published

on

Sebelum menyertai NV Bosskurr, Qian sebelum ini menyertai pasukan e-sukan Indonesia Bigetron menerusi skuad Belletron. - Foto Instagram / @qiAN

KUALA LUMPUR – Pemain profesional bagi pasukan Mobile Legends : Bang Bang (Mobile Legends) Singapura Notorious Villains (NV) Bosskurr Tan Qian Lin (Qian) melakar sejarah tersendiri apabila menjadi satu-satunya pemain e-sukan wanita yang bertanding dalam Liga Profesional (MPL) Malaysia dan Singapura Musim Kelima.

Qian berkata dia mendapat peluang untuk bersaing bersama NV Bosskurr pada saat-saat akhir.

“Peluang itu kerana nasib apabila barisan NV Bosskurr dibentuk (semula) pada saat-saat akhir. Ketika itu, saya bertemu dengan Swan dalam satu sesi karaoke bersama-sama.

“Kemudian Swan mempelawa saya untuk menyertai NV Bosskurr.

“Memang tertekan sebenarnya untuk menyertai mereka memandangkan saya kurang pengalaman bermain secara kompetitif dan saya masih lagi bekerja sebagai model. Susah untuk membahagi masa,” kata Qian.

BACA: NV Bossskurr tidak pernah bubar, hanya tukar ‘line up’

Qian bagaimanapun tidak menafikan dia bersyukur dengan peluang yang diberikan untuk bermain dengan NV Bosskurr.

NV Bosskurr berjaya melayakkan diri ke pusingan Liga selepas melepasi pusingan kelayakan peringkat Singapura baru-baru ini.

BACA: MPL: Siren Esports, Resurgence, Boss NV layak ke Musim Liga Musim Kelima

Pasukan itu juga sedang bersaing dalam kejohanan amal liga Bosskurr Cup ketika ini.

Qian berkata dia akan cuba berikan yang terbaik dan sentiasa merendah diri apabila kini berdiri seiring dengan pemain-pemain yang berpengalaman.

“Semua orang mahu menang, hahaha. Tapi saya akan cuba yang terbaik,” katanya.

Sebelum menyertai NV Bosskurr, Qian sebelum ini menyertai pasukan e-sukan wanita yang dikenali sebagai Girlaxy.

Quan yang kini berada di ranking Mythical Glory dengan 1320 mata juga pernah menyertai pasukan Indonesia Bigetron menerusi skuad penstriman langsung Belletron.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved