Connect with us

PUBG Mobile

SEA Final: Fredo berjaya clutch, Yoodo Gank dapat Chicken Dinner kedua

Published

on

Foto Fail

PASUKAN profesional PUBG Mobile tempatan, Yoodo Gank berjaya mengutip Chicken Dinner kedua bagi pasukan mereka pada pusingan kelapan Grand Final Liga Profesional Asia Tenggara (SEA Final) Musim Kedua 2020.

Yodoo Gank turut berjaya mengutip 13 mata bunuh sekaligus melonjak ke tempat ketujuh dari tempat ke-11 secara keseluruhan.

Rusher pasukan Yoodo Gank, Fuad Razali (Fredo) berjaya melakukan clutch apabila berjaya menyingkirkan dua daripada pasukan Aerowolf, di zon terakhir.

Dalam bulatan ketujuh tersebut, Fredo berjaya memberikan tekanan terhadap pemain support Aerowolf, Edo Aprilia Saputra (Spaov) sekaligus menjatuhkan pemain terakhir tersebut dengan tembakan tepat senapang M416.

Pujian juga harus diberikan kepada fragger utama pasukan Yoodo Gank, Azim Ikromi (Draxx) yang berjaya melumpuhkan satu lagi pemain Aerowolf, Sharfan Syahman Shodiq (Potato).

https://www.instagram.com/p/CGufORuDNAD/

Yoodo Gank yang kini berada di tempat ketujuh di carta keseluruhan mempunyai 73 mata secara keseluruhan dan masih berpeluang untuk layak ke kejohanan PUBG Mobile Global Championship (PMGC).

Foto: PUBG Mobile Esports Malaysia
Foto: PUBG Mobile Esports Malaysia

SEA Final Musim Kedua 2020 berlangsung dari 23-25 Oktober menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM620,000 (AS$150,000).

Peminat boleh menonton dan memberi sokongan kepada atlet-atlet e-sukan di Facebook Live PUBG Mobile bermula 2 petang.

4 pasukan terbaik Asia Tenggara dari kejohanan itu akan menerima jemputan dan slot ke peringkat dunia, PMGC.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved