Connect with us

PUBG Mobile

“Madtoi seorang IGL hebat”- Iconic Phew

Published

on

PEMAIN profesional PUBG Mobile dari Filipina, Phew memuji pemain veteran Team Secret MY Aekachai Areesanan (Madtoi) atas kemahirannya dalam mengetuai pasukan dalam sesebuah permainan.

Phew yang merupakan pemain dari pasukan Iconic PH menyifatkan pasukan tempatan Team Secret MY sebagai antara pasukan yang sering mereka ketemui dari segi penukaran posisi (rotasi).

Phew menyifatkan pasukan mereka seronok apabila dapat menentang Team Secret MY pada awal-awal perlawanan persahabatan (scrim).

“Team Secret MY adalah sebuah pasukan yang kami sering bertembung dalam scrim dari segi koordinasi dalam peta.

“Kami seronok dapat menentang pasukan mereka di awal pertarungan persahabatan terutamanya dengan kehadiran Madtoi sebagai “shot caller”, jelas Phew ketika dihubungi WTM Today baru-baru ini.

Phew turut berkongsi ramalannya tentang senarai pasukan yang bakal melayakkan diri ke kejohanan PUBG Mobile Global Championship (PMGC).

“Pada pendapat saya, semua pasukan mempunyai peluang yang sama untuk layak ke PMGC namun pasukan Bigetron Red Aliens, RRQ Athena dan V Gaming tentunya merupakan pasukan yang perlu diperhatikan,” jelas Phew.

Phew juga merupakan pemain veteran yang pernah bermain untuk pasukan Pure Skill dalam kejohanan PUBG Mobile Club Open di Shanghai, China menyifatkan kemunculan semula dirinya ke pentas kompetitif merupakan satu nafas lega dan dia amat teruja untuk kejohanan Grand Final Liga Profesional Asia Tenggara (SEA Final) Musim Kedua 2020.

Menurutnya, semua pemain Iconic PH tidak sabar untuk permulaan kejohanan Asia Tenggara tersebut dan mereka berharap dapat layak ke PMGC nanti.

SEA Final Musim Kedua 2020 berlangsung dari 23-25 Oktober menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM620,000 (AS$150,000).

Peminat boleh menonton dan memberi sokongan kepada atlet-atlet e-sukan di Facebook Live PUBG Mobile bermula 2 petang.

4 pasukan terbaik Asia Tenggara dari kejohanan itu akan menerima jemputan dan slot ke peringkat dunia, PMGC.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved