Connect with us

PUBG Mobile

SEA Final: Secret JIN buat homework hafal laluan pihak lawan, dapat habuan 3 Chicken Dinner

Published

on

Foto: Team Secret

SELEPAS menunjukkan prestasi yang merudum dan tidak menjangkakan dengan berada di carta “halaman muka surat kedua” pada hari pertama, setiap pasukan Thailand yang bertanding dalam Grand Final Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara (SEA Final) Musim Kedua 2020 berjaya berada dalam kelompok enam pasukan terbaik pada semalam.

Gergasi gajah putih RRQ Athena berada di tangga ke-enam dengan 91 mata manakala PW 88 di tangga keempat dengan 94 mata.

Satu lagi lonjakan paling ketara yang boleh dilihat dalam carta keseluruhan adalah apabila juara liga profesional PUBG Mobile Thailand (PMPL), Secret Jin mampu memperbaiki kedudukan dari tangga ke-11 ke tempat kedua secara keseluruhan ketika ini.

BACA: Team Secret TH kini dikenali Secret Jin, dimiliki syarikat kopi

Menguasai tiga daripada lima pusingan yang dipertandingkan, Secret Jin semestinya menyimpan mata kedudukan dan mata bunuh yang lumayan untuk mendapatkan tiket ke kejohanan dunia.

Berikut merupakan keputusan Chicken Dinner pasukan Secret Jin pada semalam:

  • Pusingan Keenam (Erangel)- 14 mata bunuh
  • Pusingan Ketujuh (Miramar)-12 mata bunuh
  • Pusingan Kesepuluh (Vikendi)-15 mata bunuh

Menurut ketua dalam pasukan Secret Jin, Nathakit Khongsranoi (Kengzo), selepas aksi kurang memuaskan pada hari pertama SEA Final, pasukannya membuat keputusan untuk bermain dengan sepenuh hati tanpa tekanan dengan menonton ulang tayang kejohanan dan membaca pergerakan lawan.

Foto: PUBG Mobile Esports

“Selepas tamat hari pertama, kami mahu bermain tanpa mempunyai sebarang tekanan.

“Saya menyifatkan corak permainan kami seperti tidak mempunyai apa-apa situasi yang boleh merugikan kami. Kami menonton balik permainan semalam untuk mengenal pasti corak penukaran posisi pihak lawan dan membuat analisis-analisis terperinci.

“Perbincangan antara rakan sepasukan turut penting bagi kami selepas setiap pusingan,” kata Kengzo dalam satu temu bual selepas menenangi Chicken Dinner ketiga pada hari kedua SEA Final semalam.

Sementara itu, pasukan Malaysia, Team Secret MY kini di tempat ketiga secara keseluruhan dengan 101 mata.

Tiga lagi pasukan Malaysia, Geek Fam, Yoodo Gank dan SMG masing-masing berada di tempat ketujuh, kelapan dan ke-12.

Hanya satu hari sahaja tinggal untuk SEA Final Musim Kedua 2020, mampukah pasukan-pasukan Malaysia melakarkan kejutan sekaligus mara ke PUBG Mobile Global Championship (PMGC)?

SEA Final Musim Kedua 2020 berlangsung dari 23-25 Oktober menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM620,000 (AS$150,000).

Peminat boleh menonton dan memberi sokongan kepada atlet-atlet e-sukan di Facebook Live PUBG Mobile bermula 2 petang.

Empat pasukan terbaik Asia Tenggara dari kejohanan itu akan menerima jemputan dan slot ke peringkat dunia, PMGC.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved