Connect with us

PUBG Mobile

SEA Final: Ini sebab kenapa Aerowolf nombor 1 tanpa Chicken

Published

on

JUARA Liga Profesional PUBG Mobile Indonesia, Aerowolf Limax kini mendahului ranking Grand Final Liga Profesional Asia Tenggara (SEA Final) Musim Kedua 2020 dengan catatan 137 mata.

Pasukan Aerowolf Limax kini berada dalam kedudukan selesa untuk menjulang piala Asia Tenggara sekaligus melayakkan diri ke kejohanan PUBG Mobile Global Championship yang dijangka akan berlangsung pada bulan November ini.

Kekuasaan pasukan Aerowolf Limax boleh disifatkan sebagai suatu kejutan buat peminat-peminat PUBG Mobile tanah air terutamanya apabila pasukan tersebut masih belum mengutip sebarang Chicken Dinner selama dua hari kejohanan berlangsung.

Berikut merupakan mata yang berjaya dikutip pasukan Aerowolf Limax pada hari kedua kejohanan;

  • Pusingan Keenam (Erangel)- Tempat Kedua (5 mata bunuh)
  • Pusingan Ketujuh (Miramar)- Tempat ke-14 (2 mata bunuh)
  • Pusingan Kelapan (Miramar)-Tempat Kedua (3 mata bunuh)
  • Pusingan Kesembilan (Sanhok)- Tempat Keempat (1 mata bunuh)
  • Pusingan Kesepuluh (Vikendi)- Tempat Ketiga (0 mata bunuh)

Namun apakah strategi yang dimanfaatkan oleh pasukan Indonesia tersebut untuk kekal dominan di nombor satu?

Cara mendarat unik di peta Sanhok dan Erangel

Pasukan Aerowolf Limax berjaya memanfaatkan untuk mendapatkan loot dan barangan yang diperlukan dalam pertarungan setiap pusingan dengan cara mendarat unik bagi pasukan tersebut lagi-lagi di peta Erangel dan Sanhok.

Memanfaatkan kekosongan seluruh kepulauan Pangkal Ketenteraan Sosnovka (Sosnovka Military Base), pasukan Aerowolf Limax mengambil keputusan untuk melakukan split looting, iaitu dua pemain di Novorepnoye manakala dua pemain lain akan mengemas barangan di Sosnovka Military Base.

Foto: PUBG Mobile Esports Malaysia

Manakala bagi peta Sanhok, pasukan Aerowolf Limax turut melakukan strategi split loot secara berasingan untuk mengoptimumkan kualiti barangan dan pilhan senapang yang digunakan.

Aerowolf yang asalnya turun di Camp Alpha sahaja, meluaskan lokasi mendarat mereka dengan beberapa pemain mencari barangan di perkampungan-perkampungan kecil di bahagian Barat Laut peta Sanhok.

Foto: PUBG Mobile Esports Malaysia

Barangan yang mencukupi untuk pertarungan

Salah satu utiliti yang sering dimanfaatkan oleh pasukan Aerowolf termasuklah kegunaan Kit Pertolongan Cemas (First Aid Kit) serta utiliti-utiliti penyembuhan seperti minuman bernergi (Energy Drink) dan ubat penahan sakit (painkiller).

Utiliti sebegini ternyata memberi kelebihan kepada pasukan nombor satu Indonesia itu apabila berjaya mengumpulkan mata kedudukan lumayan bagi mereka khususnya di peta Sanhok.

Bagi pusingan Sanhok yang pertama, rusher Aerowolf Limax, Sharfan Syahman Shodiq (Potato) berjaya menyembuhkan dirinya selama empat minit dan 32 saat di luar zon permainan untuk memberikan pasukannya tempat kedua bagi pusingan tersebut.

Potato mempunyai sekurang-kurangnya 24 Kit Pertolongan Cemas dan mengoptimumkan kegunaan utiliti-utiliti tersebut.

Keputusan bijak Potato dapat memberikan 12 mata tambahan sekaligus mengekalkan mereka di tempat teratas dalam cata keseluruhan.

Foto: PUBG Mobile Esports Malaysia

Bagi pusingan kedua Sanhok pula, pemain support Edo Aprilia Saputra (Spaov) mengulang strategi yang dilakukan oleh rakan sepasukannya Potato, apabila pasukan mereka gagal mendapatkan zon terakhir.

Setelah tiga rakan sepasukannya tumpas awal di tangan pasukan Thailand, Secret Jin, Spaov berjaya bertahan zon biru dengan menggunakan kit peti pertolongan cemas.

Menurut pemerhatian WTM Today, Spaov berkemungkinan mengumpul sebanyak 18 Peti Pertolongan Cemas, yang diambil daripada kotak mayat rakan sepasukannya.

Sebelum tumbang di tangan pemain Secret Jin, pemain kelima Aerowolf Limax, Rafif Febriano (Superunaa) dan Spaov masing-masing mempunyai enam dan 12 Kit Pertolongan cemas.

Foto: PUBG Mobile Esports Malaysia

Dengan utiliti yang digunakan, Spaov berjaya menyembuhkan diri sehingga tempat keempat dan mengumpul 8 mata dari segi mata kedudukan.

Strategi menarik pasukan Aerowolf Limax sudah pasti menguntungkan mereka bagi dua hari pertama ini, namun mampukah mereka meneruskan momentum mereka pada hari terakhir PMPL SEA Final sekaligus menjulang piala Asia Tenggara?

SEA Final Musim Kedua 2020 berlangsung dari 23-25 Oktober menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM620,000 (AS$150,000).

Peminat boleh menonton dan memberi sokongan kepada atlet-atlet e-sukan di Facebook Live PUBG Mobile bermula 2 petang.

4 pasukan terbaik Asia Tenggara dari kejohanan itu akan menerima jemputan dan slot ke peringkat dunia, PMGC.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved