Connect with us

PUBG Mobile

PEL: The Chosen juara Weekly Final, Wyy dan Order cipta rekod peribadi baharu

Published

on

PASUKAN The Chosen akhirnya berjaya memecahkan badi tempat kedua apabila muncul sebagai juara Weekly Final minggu yang pertama Liga Peacekeeper Elite League (PEL) Musim Bunga 2022.

Ini merupakan kemenangan peringkat Weekly Final yang pertama buat The Chosen setelah tiga tahun menjadi pencabar utama kejuaraan di Liga PEL.

The Chosen berada di kelas tersendiri setelah berjaya mendapatkan tiga Winner Winner Chicken Dinner (WWCD) serta mengutip 87 mata bunuh dan 147 mata kesuluruhan dalam 15 pusingan yang dimainkan.

The Chosen membawa pulang hadiah kemenangan wang tunai kira-kira RM661,000 (1 juta Yuan) dan tonggak utama pasukan The Chosen, Chen Qi (Wyy) dipilih sebagai pemain terbaik kesuluruhan (MVP) bagi Weekly Final 1.

Wyy menjadi kunci utama bagi The Chosen menjulang piala Weekly Final 1 setelah mengutip 31 mata bunuh serta 5226 mata kesan musnah.

Wyy turut mencipta rekod peribadi yang baharu setelah berjaya mengatasi angka mata bunuh yang ke-1000 sekaligus meletakkan beliau di tangga keempat pemain dengan mata bunuh terbanyak sepanjang sejarah liga PEL.

Turut mencipta rekod peribadi baharu bersama-sama dengan Wyy adalah juara Kejohanan Global PUBG Mobile (PMGC) iaitu Zeng Zehai (Order).

Order mengutip mata bunuh yang ke-1200 dan mengekalkan kedudukannya sebagai salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman di samping rakan sepasukannya, Zhu Bocheng (Paraboy).

Berikut adalah keputusan penuh WWCD Weekly Final 1:

Map 1 – Nova Tencent
Map 2 – The Chosen
Map 3 – Weibo Gaming
Map 4 – JD Esports
Map 5 – All Gamers
Map 6 – All Gamers
Map 7 – ShowTime
Map 8 – The Chosen
Map 9 – All Gamers
Map 10 – Tong Jia Bao Esports
Map 11 – 4 Angry Men
Map 12 – JD Esports
Map 13 – Regans Gaming
Map 14 – The Chosen
Map 15 – ShowTime

Single, kacak, funny dan mengamalkan dasar pandang ke timur. Literally, saya tengok PEL (Peacekeeper Elite League, China) dan kejohanan berkaitan Game for Peace. Instagram: @amirsya_

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved