PUBG Mobile
PEL: Nova Tencent juara Weekly Final 2, duo ParaDer mengamuk

KALI ini, giliran pasukan Nova Tencent pula muncul sebagai juara Weekly Final 2 Liga Peacekeeper Elite League (PEL) Musim Bunga 2022.
Juara dunia tersebut mengganas dalam liga terbesar Game for Peace itu, apabila mengutip enam Winner Winner Chicken Dinner (WWCD) sekaligus membawa pulang hadiah wang kemenangan Weekly Final 2 kira-kira RM660,000 (1 juta Yuan).
Nova Tencent turut berjaya mencipta rekod jumlah mata bunuh dan mata keseluruhan Weekly Final yang baharu iaitu sebanyak 109 mata bunuh dan 200 mata kesuluruhan dalam 15 pusingan yang dimainkan.
Perbezaan jurang mata yang begitu besar antara Nova Tencent dan pasukan yang berada di kelompok lima teratas membuktikan bahawa kualiti para pemain Nova Tencent berada di kelas tersendiri.
Fragger utama bagi Nova Tencent, Zeng Zehai (Order) mempamerkan aksi yang luar biasa apabila mengutip 47 mata bunuh serta 8568 mata kesan musnah sekaligus diangkat sebagai pemain terbaik kesuluruhan (MVP) Weekly Final 2.
Persembahan terbaik Order adalah pada pusingan ke-9 dan ke-13 apabila mengutip 10 mata bunuh pada kedua-dua pusingan tersebut.
Order dilihat masih dahagakan kejayaan walaupun sudah mendapat pelbagai pencapaian bersama pasukan Nova Tencent.
Sementara itu rakan sepasukannya yang turut merupakan pemain terbaik sepanjang zaman, Zhu Bocheng (Paraboy) berjaya mengatasi angka mata bunuh yang ke-1400.
Paraboy muncul sebagai pemain kedua terbaik bagi Weekly Final 2 setelah mengutip 27 mata bunuh serta 5937 mata kesan musnah.
Kombinasi di antara Order dan Paraboy akan kekal menjadi kunci utama bagi Nova Tencent dalam merebut kejuaraan bagi musim ini.
Berikut adalah keputusan penuh WWCD Weekly Final 2:
Map 1 – Nova Tencent
Map 2 – Six Two Eight
Map 3 – Nova Tencent
Map 4 – Weibo Gaming
Map 5 – All Gamers
Map 6 – Tianba
Map 7 – Weibo Gaming
Map 8 – Nova Tencent
Map 9 – Nova Tencent
Map 10 – Still Moving Under Gunfire
Map 11 – Nova Tencent
Map 12 – ShowTime
Map 13 – Nova Tencent
Map 14 – JD Esports
Map 15 – LGD Gaming