PUBG Mobile
PMPL: Nigma Galaxy juara PMPL Arabia

GERGASI PUBG Mobile daripada negara Emiriah Arab Bersatu (UAE), Nigma Galaxy muncul sebagai juara kesuluruhan peringkat Grand Final Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL) Arabia Musim Bunga 2022.
Peringkat liga PMPL Arabia Musim Bunga 2022 mula berlangsung pada 14 Februari hingga 5 Mac manakala peringkat Grand Final mula berlangsung pada 10 Mac hingga 12 Mac.
Nigma Galaxy bermula dengan agak perlahan pada hari pertama namun berjaya bangkit pada hari kedua setelah mula mendapat rentak permainan.
Nigma Galaxy seterusnya memecut jauh pasukan Conqueror Iraq yang selesa di puncak pada hari pertama dan kedua Grand Final sekaligus membawa pulang hadiah wang kemenangan kira-kira RM42,000 ($10,000 USD).

Ranking Grand Final PMPL Arabia
Nigma Galaxy yang berada di bawah kendalian jurulatih dari Malaysia iaitu Muhammad Hazwan Halim (Savior) layak secara automatik ke peringkat Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL) Timur Tengah dan Afrika Musim Bunga 2022.
Sebelum ini Savior pernah berkhidmat untuk pasukan tempatan Team SMG untuk tempoh tiga musim PMPL, sejak tahun 2020.
Sembilan pasukan yang menamatkan peringkat Grand Final PMPL Arabia Musim Bunga 2022 di kelompok sepuluh teratas turut bersama Nigma Galaxy untuk mara ke peringkat seterusnya.