Connect with us

PUBG Mobile

RM18 juta untuk liga China, PEL Musim Bunga 2022

Published

on

KEJOHANAN terbesar Game For Peace (GFP), Liga Peacekeeper Elite League (PEL) Musim Bunga 2022 telah pun berlangsung secara rasmi pada 4 Mac lalu dan menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM18.2 juta (27.5 juta Yuan).

Liga PEL pada tahun ini akan berlangsung selama sepuluh minggu dan diadakan secara empat peringkat iaitu peringkat pra musim, musim liga, play-off, dan grand final.

Pihak rasmi Peace Elite telah menambah aksi pra musim buat kali yang pertama sepanjang empat tahun kejohanan ini dipertandingkan.

Pra musim Liga PEL Musim Bunga 2022 menggunakan format round robin dengan 21 pasukan yang bertanding dibahagikan kepada tiga kumpulan.

Enam pasukan teratas pada pra musim akan layak ke peringkat Weekly Final 1 secara automatik manakala baki 15 pasukan akan bermain di peringkat Breakout.

Enam pasukan yang telah sah mara ke peringkat Weekly Final 1 setelah beraksi dengan cemerlang sepanjang pra musim pada 4 Mac hingga 6 Mac adalah pasukan Weibo Gaming, Regans Gaming, Nova Tencent, TeamPai, All Gamers, dan Vision Esports.

Juara bagi setiap peringkat Weekly Final akan membawa pulang hadiah wang kemenangan kira-kira RM661,000 (1 juta Yuan) manakala juara bagi peringkat grand final akan membawa pulang hadiah wang kemenangan kira-kira RM5.3 juta (8 juta Yuan).

Minggu pertama regular season akan mula berlangsung pada 10 Mac.

Liga PEL pada tahun ini akan menyaksikan penukaran mod FPP (Perspektif Pandangan Pertama) kembali kepada mod TPP (Perspektif Pandangan Ketiga).

Liga PEL telah menggunakan mod FPP dan TPP sejak tahun 2019 dan menggunakan mod FPP secara penuh pada tahun 2020 dan 2021.

Single, kacak, funny dan mengamalkan dasar pandang ke timur. Literally, saya tengok PEL (Peacekeeper Elite League, China) dan kejohanan berkaitan Game for Peace. Instagram: @amirsya_

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved