PUBG Mobile
Paraboy pemain terbaik dalam sejarah PEL

ZHU Bocheng atau senang lebih dikenali sebagai Paraboy adalah nama yang tidak asing lagi dalam arena PUBG Mobile lagi, terutama apabila beliau mula bertanding di peringkat global sejak tahun 2019.
Paraboy mula mencipta nama apabila menamatkan kejohanan PUBG Mobile Club Open (PMCO) Spring Split 2019 di tangga kedua dan muncul sebagai pemain dengan mata bunuh terbanyak kejohanan iaitu sebanyak 42 mata bunuh.
Sejak daripada itu, nama Paraboy mula menjadi bualan dalam kalangan peminat kompetitif PUBG Mobile termasuk para pemain profesional sendiri dari seluruh pelusuk dunia.
Paraboy mula mencipta satu persatu kejayaan di peringkat Liga Peacekeeper Elite League (PEL) dan peringkat global hasil daripada bakat semula jadi dan kerja keras beliau.
Antara pencapaian peribadi terbaik Paraboy di peringkat liga PEL dan peringkat global:
•Juara Kejohanan Global PUBG Mobile (PMGC) 2020 & 2021
•Juara Peacekeeper Elite Championship (PEC) 2019 & 2020
•Juara Liga PEL Musim Kedua 2020 & Liga PEL Musim Ketiga 2021
•Pemain Terbaik Tahunan PEL 2021 & PEL 2020
•Pemain E-sukan Mudah Alih Terbaik 2021
Paraboy turut mencipta pelbagai rekod sepanjang bergelar pemain profesional sekaligus menjadikannya sebagai pemain terbaik dalam sejarah liga PEL dan juga peringkat dunia.
Beliau kini memegang rekod mata bunuh terbanyak dalam sejarah liga PEL sepanjang tiga tahun beraksi menerusi liga itu.
1374 mata bunuh yang dikutip dilihat sukar untuk dikejar oleh mana-mana pemain yang masih aktif bertanding.
Paraboy turut memegang rekod jumlah pemain terbaik kesuluruhan (MVP) terbanyak. Antaranya adalah:
•MVP Liga PEL Musim Pertama & Ketiga 2021
•MVP PEC 2020 & 2021
•MVP Liga PEL Musim Pertama & Kedua 2020
Liga PEL Musim Bunga 2022 telah membuka tirai secara rasmi pada 4 Mac baru-baru ini.
Paraboy dijangka akan terus menambah lagi kesemua rekod yang dipegangnya dan kekal menjadi pencabar utama kejuaraan kejohanan tersebut.