Mobile Legends
MPL terakhir Sonic, rehat untuk sambung pengajian

KUALA LUMPUR – Tidak sampai satu hari tersingkir daripada playoff, pihak pengurusan MPXNSEA berkongsikan yang Liga Profesional Mobile Legends Malaysia Musim Ke-12 mungkin musim terakhir bagi pemain junglernya, Sonic.
Pengasas MPXNSEA, Joker, berkata Sonic mungkin akan direhatkan untuk sambung pengajian.
Sementara itu, Joker juga berkata pihaknya sedang melakukan pertimbangan untuk merekrut pemain import pada musim hadapan.
Jelasnya lagi, MPXNSEA akan terus melakukan persiapan selama 6 bulan bagi berdepan dengan MPL akan datang.
MPXNSEA baharu sahaja terkeluar daripada peringkat Playoff MPL MY S12.