Connect with us

Mobile Legends

Lepas ‘jual’ Gary, apa status slot Team Haq sekarang?

Published

on

KUALA LUMPUR – “Harga transfer Gary lagi mahal berbanding harga transfer pemain-pemain MPL MY yang lain.”

Sebelum ini pengasas Team Haq, Aiman Haq, pernah berkongsikan kepada media tempatan, Harimau Malaya, yang harga pertukaran pemain Jungler, Gary, adalah yang paling mahal setakat ini.

Jadi timbul persoalan selepas urusan jual-beli pemain tersebut, adakah Team Haq kini sudah mampu mengekalkan slot di MPL?

Untuk konteks, Team Haq pernah meluahkan hasrat untuk melepaskan slot di MPL MY S13, berikutan masalah kewangan yang melanda pasukan itu dan mahu memberi tumpuan kepada arena Tier 2.

Untuk konteks juga, umum mengetahui yang harga pembelian kontrak pemain Roamer Xorn pada awal musim lalu adalah dianggarkan kira-kira enam digit.

Berbalik kepada slot Team Haq, Aiman berkata yang ketika ini masih ada kemungkinan yang pasukannya akan melakukan kemunculan kembali.

“Sama ada Team Haq akan menyertai MPL pada musim akan datang atau sudah jumpa pembeli slot baru masih lagi TBC (akan dimuktamadkan).

“InsyaAllah, kemungkinan untuk comeback itu masih ada,” kata Aiman kepada WTM Today.

Pada November lalu, Aiman berkongsikan yang dia terpaksa menjual slot itu berikutan situasi kewangan Team Haq yang tidak stabil.

Team Haq sebelum ini pernah mewakili Malaysia ke Kejuaraan Dunia M4 Jakarta 2022 sebagai juara MPL MY S10.

Setakat ini, hanya dua pemain yan disahkan berada dalam barisan utama Team Haq iaitu Iris dan Nuar.

Pengasas, pengarang dan penerbit What's The Meta.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved