Connect with us

PUBG Mobile

SEA Final: Bigetron RA kembali kutip Chicken Dinner, yakin mampu jadi juara

Published

on

Ryzen (kanan) ketika ditemu bual selepas memenangi Chicken Dinner pada pusinga ke-12 SEA Final Musim Kedua 2020. - Foto FB / PUBG Mobile

JAGUH PUBG MOBILE Dunia, Bigetron Red Aliens (Bigetron RA) yakin mampu merangkul kejuaraan Grand Final Liga Profesional Asia Tenggara (SEA Final) Musim Kedua 2020 selepas memenangi Chicken Dinner kedua di pusingan ke-12 seketika tadi.

Pemain Bigetron RA, Muhammad Albi (Ryzen) berkata pasukannya akan memberi tumpuan untuk mengumpul mata kedudukan dalam baki tiga pusingan yang akan diadakan selepas ini.

“Selepas menang tadi, kami semakin percaya untuk menjadi juara kejohanan. Komunikasi kami juga semakin baik dan zon bulatan tadi juga membantu kami.

“Kami juga akan memberi tumpuan kepada meraih mata kedudukan dalam dua pusingan Sanhok yang dilihat sedikit sukar,” katanya dalam satu temu bual Facebook Live SEA Final selepas meraih kemenangan Chicken Dinner di peta Miramar tadi.

Dalam pusingan itu, Ryzen yang juga digelar “Super Ryzen” turut berjaya mendapatkan 10 mata bunuh.

Setakat ini, Bigetron RA mengumpul 126 mata dan berada di kedudukan keempat dalam ranking SEA Final.

Sementara itu, jaguh Thailand, Secret Jin kini mendahului carta SEA Final dengan catatan 149 mata.

SEA Final Musim Kedua 2020 berlangsung dari 23-25 Oktober menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM620,000 (AS$150,000).

Peminat boleh menonton dan memberi sokongan kepada atlet-atlet e-sukan di Facebook Live PUBG Mobile bermula 2 petang.

Empat pasukan terbaik Asia Tenggara dari kejohanan itu akan menerima jemputan dan slot ke peringkat dunia, PUBG Mobile Global Championship (PMGC).

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved