Connect with us

PUBG Mobile

Sea Final: Bigetron RA julang piala Asia Tenggara buat pertama kali

Published

on

Pasukan profesional PUBG Mobile Indonesia, Bigetron Red Aliens (Bigetron RA) berjaya menjulang piala Grand Final Liga Profesional Asia Tenggara (SEA Final) Musim Kedua 2020 buat pertama kali bagi pasukan mereka.

Meski sudah menerima slot ke PUBG Mobile Global Championship (PMGC), Bigetron RA berjaya melengkapkan rekod pencapaian di peringkat Asia Tenggara itu selepas mengutip 197 mata, empat Chicken Dinner dari 15 pusingan yang dipertandingkan.

Bigetron RA juga membawa pulang kira-kira RM124,000 (AS$30,000) menerusi kemenangan tempat pertama itu.

Jaguh dunia itu masih mengekalkan barisan pemain utamanya iaitu Made Bagas Pramudita (Zuxxy), Made Bagus Prabaswara (Luxxy), Muhammad Albi (Ryzen) dan Nizar Lugatio (Microboy).

Dalam SEA Final yang berlangsung selama tiga hari itu, Ryzen dipilih sebagai pemain Rusher terbaik dengan purata 2.3 mata bunuh, 396.5 pemberian kesan musnah dalam perlawanan.

BACA: Bigetron RA kembali kutip Chicken Dinner, yakin mampu jadi juara

Rakan sepasukan Ryzen iaitu Zuxxy pula dipilih sebagai pemain Scout terbaik dengan catatan 5.6km jarak perlawanan dalam sesebuah perlawana.

Sementara itu, penyandang di tempat kedua adalah rakan senegara Bigetron RA adalah Aerowolf LIMAX yang mengekalkan mutu persembahan yang konsisten sejak hari pertama SEA Final.

Aerowolf LIMAX tidak mengutip sebarang Chicken Dinner namun berjaya mengumpul 167 mata secara keseluruhan.

Menerusi kemenangan itu, Aerowolf LIMAX juga berjaya mendapatkan slot ke PMGC dan membawa pulang hadiah wang terkumpul kira-kira RM83,000 (AS$20,000).

Selain Bigetron RA dan Aerowolf LIMAX, tiga pasukan negara jiran dari Thailand iaitu Secret JIN, RRQ Athena dan PW88 juga berjaya mendapatkan slot untuk bertanding di peringkat global itu.

SEA Final Musim Kedua 2020 berlangsung dari 23-25 Oktober menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM620,000 (AS$150,000).

Kejohanan itu juga tidak memberikan berita baik untuk peminat e-sukan di Malaysia apabila keempat-empat pasukan tanah air iaitu Team Secret MY, Yoodo Gank, Team SMG dan Geek Fam tidak berjaya mendapatkan slot ke PMGC.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved