Connect with us

PUBG Mobile

Sea Final: Hanya 2 mata bunuh memisahkan Team Secret MY untuk slot PMGC

Published

on

Foto: Facebook / PUBG Mobile

#TerimaKasihTeamMalaysia.

MUNGKIN bukan rezeki buat pasukan-pasukan Malaysia yang bertanding dalam Grand Final Liga Profesional Asia Tenggara (SEA Final Musim Kedua 2020) apabila tidak melepasi kedudukan empat terbaik dalam kejohanan itu.

Pemenang Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia Singapura (PMPL MYSG), Team Secret MY pula terpaksa berputih mata dan memadam impian untuk mendapatkan slot ke kejohanan PUBG Mobile Global Championship (PMGC) kerana berada di tempat keenam SEA Final, ketinggalan hanya dua mata bunuh dengan pasukan Thailand, Power888 KPS (PW88).

Walaupun mencatat rekod yang sama iaitu 120 mata , PW88 terpilih untuk melayakkan diri ke kejohanan global tersebut apabila berjaya mengutip jumlah mata bunuh yang lebih tinggi berbanding pasukan Team Secret MY.

Pasukan Malaysia yang lain seperti Geek Fam pula berjaya menamatkan saingan di tempat kelapan secara keseluruhan apabila berjaya mengumpul 114 mata secara keseluruhan.

Dua lagi pasukan Malaysia, Still Moving UnderGunfire (SMG) dan Yoodo Gank masing-masing berada di tempat kesembilan dan ke-11.

Namun demikian, pujian harus diberikan kepada pasukan-pasukan Malaysia yang berjaya melayakkan diri ke peringkat ini sekaligus mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.

Prestasi cemerlang pasukan-pasukan tanah air pada musim ini tentunya bakal menjadikan inspirasi kepada pemain-pemain muda untuk terus berkembang dalam bidang esukan.

Jangan lupa untuk saksikan kejohanan PMPL pada musim hadapan untuk aksi yang lebih menarik dari pasukan-pasukan profesional kegemaran anda!

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved