Connect with us

PUBG Mobile

#SEAFinal : 400,000 tontonan serentak dicatatkan

Published

on

Foto: Facebook / PUBG Mobile

KUALA LUMPUR – Grand Final Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara (SEA Final) Musim Kedua 2020 mencatat 400,000 tontonan serentak, menurut pembangun Tencent.

Tencent dalam satu kenyataan berkata kesemua pengguna dan pemain kejohanan SEA Final Musim Kedua 2020 akan menerima beberapa barangan dalam permainan eksklusif.

“Kami akan memberikan Crate Istimewa dan payung terjun PMPL yang kekal untuk anda yang berada di Asia Tenggara,” kata Tencent dalam satu kenyataan semalam.

Pengguna boleh log masuk ke aplikasi PUBG Mobile selewatnya hari ini untuk mendapatkan barangan eksklusif tersebut.

SEA Final Musim Kedua 2020 menyaksikan jaguh dunia Bigetron Red Aliens muncul sebagai juara dan membawa pulang kira-kira RM163,000 (AS$30,000).

Kejohanan yang berlangsung pada 23-25 Oktober yang lalu menyaksikan 16 pasukan terbaik Asia Tenggara bertarung untuk merebut gelaran juara.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved