CSGO
Pemain CS2 Malaysia, sah sertai gergasi China TYLOO

PEMAIN profesional Counter-Strike 2 Malaysia, Andrew Khong (Kaze) sah menyertai pasukan gergasi China, TYLOO.
Dalam satu kenyataan hari ini, TYLOO berkata pihaknya telah mengambil alih semua pemain 5yclone yang turut terdiri daripada Kaze.
Selain 5yclone, Kaze juga pernah bermain untuk pasukan ViCi Gaming.
Sebelum ini, Kaze juga telah beberapa kali berjaya melayakkan diri ke kejohanan dunia yang berprestij seperti Liga ESL Pro Musim ke-17 dan ke-18 2023, Intel Extreme Masters XVI – Cologne 2021, ESL Challenger at DreamHack Melbourne 2023 dan ESL Challenger at DreamHack Valencia 2022.
Kejohanan terdekat bagi Kaze dan TYLOO adalah pada 8 November nanti iaitu Kejohanan Asia CS2 2023 yang akan berlangsung di Shanghai.