CSGO
BAE.Sphynx sekali lagi akan gegar arena Asia Tenggara, kali ini dalam Legion of Valkyries

KUALA LUMPUR– Pasukan CSGO Wanita tanah air, Battle Arena Elites Sphynx (BAE.Sphynx) bakal mewakili Malaysia dalam Kejohanan Legion of Valkyries Asia Tenggara.
BAE.Sphynx terpilih ke peringkat itu selepas berjaya melepasi peringkat Kelayakan Malaysia yang berlangsung pada hujung minggu lalu.
BAE.Sphynx pada mulanya menewaskan pasukan Revenite 2-0 dan kemudiannya mara ke Grand Final menentang 1Posh.
Pada pusingan itu, BAE.Sphynx meraih kemenangan mudah 16-4 bagi kedua-dua pusingan yang berlangsung dalam peta Inferno dan Dust 2.
Menerusi kemenangan itu, BAE.Sphynx bukan sahaja mendapat slot ke peringkat Asia Tenggara, malah membawa hadiah wang tunai kira-kira RM4,000.
Barisan pemain BAE.Sphynx kini terdiri daripada:
- Aisya Sabrina (Argent)- Kapten
- May Yee Ng (maye)
- Nurul Aini (Ayumiii )
- Shanice Choo (Alaska )
- Jasmine Sim (jazminism)
- Iffah Nazurah (3ve;)
Jika BAE.Sphynx layak melepasi peringkat Asia Tenggara, mereka akan berentap di Grand Final Legion of Valkyries IV 2019 yang bakal berlangsung di Pantip, Pratunam, pada 13-15 Disember 2019 nanti.
Juara akan membawa pulang RM20,000 beserta 5 laptop gaming dari Lenovo.
Legion of Valkyries merupakan satu inisiatif daripada Lenovo untuk menyemarakkan lagi penyertaan pemain wanita dalam e-sukan.
Dapatkan maklumat lanjut mengenai kejohanan ini dan produk-produk berkaitan dengan Lenovo di laman: Legion Lenovo.