Connect with us

CSGO

CSGO: BAE.Sphynx naib juara Legion of Valkyries Asia Tenggara

Published

on

Meski berjaya mengekalkan momentum permainan ke peringkat semi final, mungkin rezeki kali ini tidak berpihak pada BAE.Sphynx apabila mereka terkandas di final Asia Tenggara.

KUALA LUMPUR – Pasukan Counter-Strike: Global Offensive (CSGO) wanita tanah air BAE.Sphynx muncul sebagai naib juara dalam Kejohanan Legion of Valkyries Asia Tenggara selepas tewas kepada pasukan Thailand Illuminte.eSports pada minggu lalu.

BAE.Sphynx yang bermula dengan baik pada awal pusingan kejohanan itu tewas 2-1 kepada pasukan Thailand itu pada final.

BAE.Sphynx membuka tirai kejohanan itu dengan memaksa pasukan Vietnam DXG.TiAMAT, ke kelompok bawahan selepas menang 2-0.

Selepas itu BAE.Sphynx kemudian mengatur satu lagi langkah kemenangan apabila berdepan dengan  Illuminte.eSports buat kali pertama dalam kejohanan itu menang 2-0. Mereka kemudian layak ke semi final.

Pada semi final, BAE.Sphynx berdepan dengan pasukan jiran Rising 5, dan terus mengekalkan rekod kemenangan menewaskan musuh 2-0.

Meski berjaya mengekalkan momentum permainan ke peringkat semi final, mungkin rezeki kali ini tidak berpihak pada BAE.Sphynx.

Mereka terkandas di final Asia Tenggara sekali gus membenarkan pasukan Thailand Illuminte.eSports untuk beraksi di pentas dunia yang akan berlangsung bulan hadapan.

Legion of Valkyries merupakan satu inisiatif daripada Lenovo untuk menyemarakkan lagi penyertaan pemain wanita dalam e-sukan.

Dapatkan maklumat lanjut mengenai kejohanan ini dan produk-produk berkaitan dengan Lenovo di  laman: Legion Lenovo.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved