CSGO
CSGO: Playtonia Conqueror’s Insignia pertaruh RM291,900, Grand final pada hujung minggu ini

KUALA LUMPUR – Grand Final Kejohanan Playtonia Conqueror’s Insignia 2019 yang bakal menyaksikan 4 pasukan terbaik rantau ini merebut gelaran juara bakal akan berlangsung pada 7 dan 8 Disember ini.
Kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai kira-kira RM291,900 secara keseluruhan itu menjemput salah satu pasukan terbaik di China, ViCi Gaming.
Selain itu, kejohanan itu bakal menyaksikan penyertaan dari Pemenang Kelayakan Emiriah Arab Bersatu (UAE), NASR, Pemenang Kelayakan India, Global, dan Pemenang Kelayakan Asia Tenggara, dream[S]cape (Singapura).
Berikut adalah pecahan hadiah wang terkumpul kejohanan ini:
- Tempat Pertama: RM 166,800 (AS$40,000)
- Tempat Kedua: RM83,400, (AS$20,000)
- Tempat Ketiga: RM20,850 (AS$5,000)
- Tempat Keempat: RM20,850 (AS$5,000)
Pada peringkat semi final, perlawanan akan menggunakan format Terbaik dari 3 manakala pada Grand Final akan menggunakan Terbaik dari 5.
Selain itu, satu perlawanan pertunjukan akan diadakan antara dua pasukan CSGO wanita tanah air iaitu antara Battle Arena Elites.Sphynx dan We.Baeters.
Bagi anda yang mahu hadir ke kejohanan ini, daftarkan diri anda di sini.
Kejohanan bakal bermula pada jam 11 pagi di Sunway Lagoon Amphitheatre.
Kemasukan adalah percuma dengan 200 pengunjung pertama akan mendapat hadiah beg cenderamata.