Connect with us

CSGO

Kaze tiba di Cologne, sedia beraksi kejohanan berprestij IEM

Published

on

Foto: Facebook / Kaze

“SAYA telah selamat sampai di hotel penginapan di Cologne! Saya akan berikan yang terbaik untuk mengibarkan Jalur Gemilang di pentas antarabangsa!”

Pemain profesional CSGO tanah air, Andrew Khong (Kaze) telah selamat tiba di Cologne, Jerman untuk menyertai Kejohanan Intel Extreme Masters Season XVI – Cologne 2021.

Kejohanan berprestij itu menawarkan kira-kira RM4 juta (AS$1 juta) secara keseluruhan.

Kaze dan pasukannya ViCi Gaming akan bermain di peringkat Play-In pada 6-7 Julai nanti.

Jika dia melepasi peringkat ini, Kaze akan ke saingan peringat Kumpulan pada 8-11 Julai.

Pada peringkat kumpulan, Kaze dan Vici Gaming perlu berada dalam kelompok tiga terbaik untuk mara ke peringkat Playoff pada 16-18 Julai 2021.

Anda boleh memberi sokongan dengan menonton siaran langsung kejohanan itu di laman media sosial ESL CS seperti di Twitch, Facebook atau YouTube.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved