CSGO
‘Banyak mistake’, ViCi Gaming tewas 10-16 dengan Complexity

Pemain profesional CSGO tanah air, Andrew Khong (Kaze yang kini beraksi di Kejohanan Intel Extreme Masters Season XVI – Cologne Jerman 2021 (IEM Cologne) mengakui banyak kesilapan dilakukan ketika menentang pasukan Eropah, Complexity pada semalam.
“GGWP Complexity.
“Banyak kesilapan yang kami lakukan terutama pusingan melibatkan pertarungan 5 lawan 2, yang sepatutnya memberi kelebihan banyak pusingan (kepada Vici).
“Kami akan lakukan yang lebih baik pada pusingan akan datang,” kata Kaze dalam satu catatan Instagram pada pagi tadi.
https://www.instagram.com/p/CRBF1nGMYQc/
Kaze dan ViCi Gaming tewas 10-16 dalam pusingan BO1 pada peringkat Play-In IEM Cologne malam tadi.
Menerusi keputusan itu, dia dan pasukannya mempunyai satu lagi peluang untuk beraksi dalam kejohanan berprestij itu menerusi perlawanan lower bracket menentang Evil Geniuses jam 7.30 petang nanti.
Jika menang, Kaze dan Vici Gaming akan bertemu Mouseesports jam 2 pagi nanti.