Connect with us

CSGO

Meski dilanda COVID-19, jangan sebarkan ‘virus’ rasis, kebencian di Internet – Ramona

Published

on

Ramona Azween merupakan pemain profesional CSGO bagi pasukan China Tyloo.fe. - Foto Facebook / Ramona Azween

PEMAIN profesional CSGO bagi pasukan Tyloo.fe, Ramona Azween Zaharuddin menyeru agar orang ramai agar menghentikan perbuatan diskriminasi terhadap wanita dalam e-sukan.

Ramona berkata perbuatan seksisme merupakan antara cabaran besar bagi atlet wanita dalam industri yang didominasi lelaki.

Tidak cukup dengan perbuatan diskriminasi itu, Ramona berkata pasukannya Tyloo.fe ketika ini turut diserang diskriminasi perkauman berikutan wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia ketika ini.

“Jangkitan coronavirus telah dijadikan ‘alat’ bagi mereka yang melakukan pembulian siber untuk menghina saya dan rakan-rakan sepasukan, hanya kerana saya bermain untuk pasukan China.

“Ia tidak mungkin lagi memberi kesan kepada saya kerana sudah lali dengan perbuatan buli dan serangan seperti itu.

“Walau bagaimanapun, bagi rakan-rakan sepasukan saya, mereka tidak biasa dengan perkara ini. Bagi saya, kejadian ini lebih menakutkan dari wabak COVID-19. Tindakan menyalahkan mereka disebabkan sesuatu yang di luar kawalan mereka memang tidak berperikemanusian,” kata Ramona.

Ramona berkata demikian dalam satu catatan di Twitter baru-baru ini.

Jelasnya, kesemua ahli pasukan Tyloo.fe memang terkesan dengan perkara itu.

“Kami bekerja keras seperti atlet-atlet e-sukan lain dan organisasi kami telah membantu kami sebaik mungkin. Apa yang kami mahukan adalah bermain untuk negara kami serta mengibarkan bendara tanah air kami.

“Tiada siapa mahukan wabak ini terjadi dan kami juga takut dengan COVID-19. Saya berharap orang ramai boleh lebih bersimpati dan memahami yang kami juga menderita terutama rakan-rakan saya di China.

“Saya menyifatkan, daripada menunding jari dan menyebarkan kebencian mengenai apa-apa yang berkaitan dengan COVID-19, bukankah lebih baik kita mendoakan agar keadaan menjadi lebih baik untuk 2020,” kata Ramona.

Ramona menyertai Tyloo.fe sejak Julai 2019 dan antara pencapaian yang telah diraihnya bersama pasukan itu termasuk termasuk tempat ketiga Nestpro Series 2019 dan layak ke Final Kejohanan Dunia Sukan Elektonik setelah menjuarai kelayakan kejohanan itu di China.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved