CSGO
#CSGO: Sphynx MY sah kini bernaung di bawah Battle Arena Malaysia

KUALA LUMPUR – Pasukan kompetitif CSGO wanita nombor satu tanah air, Sphynx MY kini secara rasmi bernaung di bawah organisasi Battle Arena Malaysia.
Perkara itu diumumkan seketika tadi dan Sphynx MY dijenamakan semula sebagai Battle Arena Elites (BAE) Sphynx MY mulai hari ini.
Sebelum ini, dalam laman kejohanan e-sukan Legion of Valkyries 2019 memaparkan pasukan Sphynx tidak lagi menggunakan nama Orange Sphynx, sebaliknya menggunakan nama BAE.Sphynx.
Barisan pemain aktif BAE.Sphynx ketika ini terdiri daripada :
- Nurul Aini (Ayumii)
- Ng Yee (Maye)
- Aisya Sabrina Sabri (Argent)
- Jasmine Christina Sim Huiyan (Jazminism)
- Shanice Choo Xin Ru (Alaska)
- Iffah Nazurah Saidi (3ve)
Antara pencapaian Sphynx pada tahun ini termasuk menjadi pasukan CSGO wanita pertama di Malaysia yang layak ke Dreamhack Showdown di Fira València, Sepanyol pada Julai lalu.
Kini mereka bakal menyertai kejohanan Legion of Valkyries peringkat Kelayakan Asia Tenggara.
Juara bagi pusingan ini bakal membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM4,000 (AS$1,000) manakala naib juara dan tempat ketiga masing-masing akan bawa pulang kira-kira RM2,400 dan RM1,600.
Legion of Valkyries merupakan satu inisiatif daripada Lenovo untuk menyemarakkan lagi penyertaan pemain wanita dalam e-sukan.
Juara bagi setiap kelayakan di peringat rantau masing-masing bakal berentap di Grand Final Legion of Champions IV 2019 di Bangkok Thailand.