Connect with us

PUBG Mobile

Team Secret TH kini dikenali Secret Jin, dimiliki syarikat kopi

Published

on

BAGI mengelak dari sebarang risiko konflik dua negara dari membawa nama yang sama iaitu Team Secret untuk bertanding dalam Grand Final Liga PUBG Mobile Asia Tenggara (SEA Final) Musim Kedua nanti, pemilikan skuad Thailand kini berpindah kepada rakan kongsi Jin’s Coffee.

Dalam satu pengumuman rasmi hari ini, Team Secret mengumumkan kerjasama mereka dengan syarikat kopi, Jin’s Coffee untuk menubuhkan Secret Jin.

Jin’s Coffee merupakan satu jenama yang sedang meningkat naik bagi menghasilkan kopi berkualiti tinggi di negara gajah putih itu.

Berikutan pemindahan pemilikan itu, Team Secret Thailand kini dikenali sebagai Secret Jin.

“Pemilikan dan setiap tanggungan kewangan pasukan akan dipindahkan kepada syarikat Jin’s Coffee untuk mengekalkan kebebasan korporat.

“Meski bertukar nama, organisasi Team Secret masih akan membantu Secret Jin dalam melakukan pemasaran dan pengaktifan penjenamaan untuk pemilik baru pasukan itu dalam industri e-sukan.

“Menerusi gabungan logo masing-masing, kami sentiasa akan memberi sokongan kepada pemain yang mewakili nama,” kata Team Secret dalam satu kenyataan.

Pasukan nombor satu Thailand itu terdiri daripada Yongyuth Riyaten (GZ), Nathakit Khongsranoi (Kengzo), Thanadol Waiyawudthi (Twokay) dan Totsaporn Udomrak (Cosmos).

Secret Jin, yang sebelum ini dikenali sebagai Team Secret Thailand pernah menjuarai peringkat akhir kejohanan Liga Profesional PUBG Mobile Thailand (PMPL Thailand) sekaligus layak secara merit ke peringkat Asia Tenggara 23 Oktober nanti.

Antara pencapaian barisan pemain ini termasuklah

  • Tempat Ke-10 Mineski Masters Series PUBG Mobile 2020
  • Tempat Ke-16 Liga Profesional PUBG Mobile: Musim Luruh 2020
  • Tempat Ketujuh Liga Profesional PUBG Mobile: Musim Bunga 2020

Secret Jin akan bertanding dalam kejohanan PMPL SEA Finals pada 23 hingga 25 Oktober nanti menentang pasukan-pasukan terbaik Asia Tenggara.

Hanya empat slot terbuka bagi pasukan-pasukan Asia Tenggara untuk layak ke kejohanan global, PUBG Mobile Global Championship (PMGC) nanti.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved