Connect with us

PUBG Mobile

Bekas pemain Dingoz MX sertai skuad Todak

Published

on

Foto: TODAK

RASMI. Organisasi e-sukan tanah air, TODAK menubuhkan skuad PUBG Mobile di bawah naungannya yang daripada bekas pemain-pemain Dingoz MX.

Berikut adalah barisan utama skuad PUBG Mobile TODAK:

  • Zulkarnain Rosli (9Nine)
  • Mohd Hisham Aris (KRTOS)
  • Muhammad Danish Yusniza (KiD)
  • Wan Mohd Jafni Wan Kamal (LuffyGaming1)

Dalam satu kenyataan hari ini, TODAK berkata pihaknya mensasarkan untuk ke Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MYSG) yang akan datang.

“TODAK mensasarkan PMPL sebagai pentas untuk menunjukkan taring agar dapat beraksi di peringkat antarabangsa,” kata organisasi itu dalam satu kenyataan media hari ini.

Sementara itu, penganalisis WTM Today Marvin Hing menyifatkan skuad PUBG Mobile Todak itu dilihat mempunyai barisan pemain yang kukuh apabila pasukan itu pernah mendominasi sesi latihan (scrim) yang melibat pasukan-pasukan termuka Asia Tenggara sebelum PMPL MYSG Musim Pertama bermula pada Februari lalu.

Sebelum ini, TODAK menubuhkan skuad Valorant pada September lalu dengan memiliki Team LZ.

Nama TODAK mula meningkat naik apabila skuad Mobile Legendsnya mempamerkan aksi cemerlang dan konsisten pada tahun lalu sehingga berjaya menjadi ketiga terbaik dunia dalam kejohanan M1.

Ikuti perkembangan terkini TODAK di Facebook dan Instagram @todakofficial.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved