Connect with us

VALORANT

Todak tubuh skuad VALORANT, miliki Team LZ

Published

on

KUALA LUMPUR – Organisasi e-sukan tanah air, Todak kini meluaskan empayarnya dalam industri ini dengan memiliki pasukan Valorant, Team LZ.

Pengurus Pembangunan E-Sukan Todak, Radzi Rahman berkata pihaknya berharap dengan penubuhan pasukan Valorant dalam organisasi itu dapat memeriahkan lagi komuniti e-sukan tanah air.

“Kami menyifatkan bahawa penubuhan pasukan ini dapat mengharumkan nama negara sekaligus meletakkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.

“Saya berharap dengan penubuhan pasukan Valorant ini juga dapat memeriahkan lagi industri e-sukan di negara ini.

“Saya juga berharap rakyat Malaysia, para peminat Valorant khususnya, dapat memberikan sokongan yang berterusan kepada pasukan kam,”kata Ikuto dalam satu kenyataan media pada hari ini.

Ahli-ahli pasukan Valorant Todak terdiri daripada pemain-pemain yang sangat berkebolehan dalam arena FPS dan CSGO, iaitu:

  • Muhammad Idzni (Senna) – Kapten
  • Muhammad Arsyad (Adukaaaa)
  • Mathanraj Munisparan (theDoctorr)
  • Mohamad Haiqal (bbalto0o)
  • Shamir Aliff (Subbey)

Berikutan beberapa pencapaian sebelum ini termasuk menjuarai pusingan kelayakan bagi pertandingan Corsair Hunter Fury, Pasukan Valorant Todak juga telah menerima jemputan terus ke EPULZE Royal Sea Cup yang menawarkan hadiah wang tunai kira-kira RM104,000.

Kejohanan itu telah berlangsung mulai 21 September sehingga 27 September nanti. Pasukan Valorant Todak berada dalam kumpulan C.

Pasukan itu juga pernah menjadi satu-satunya wakil Malaysia dalam kejohanan VALORANT Pacific Open yang berlangsung pada Ogos lalu.

Todak merupakan antara organisasi e-sukan ternama di Malaysia dan mula menceburi industri ini sejak tiga tahun lalu.

Antara pencapaian Todak adalah menerusi skuad Mobile Legend, setelah dinobatkan sebagai pasukan ketiga terbaik dunia, dalam kejohanan M1 pada tahun lalu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved