Connect with us

VALORANT

Ejen Soloz dan Ejen Master Ramen akan beraksi dalam VALORANT SEA Invitational

Published

on

KUALA LUMPUR – Penghibur penstirman langsung Facebook Gaming nombor 1 Malaysia, Mohd Fariz Zakaria (Soloz) dan pengasas BAPAK AH Esports, Firdaus Hashim (Masterramen) akan beraksi dalam satu perlawanan amal VALORANT SEA Invitational 2020.

Perlawanan amal VALORANT SEA Invitational 2020 itu akan berlangsung pada 11 Julai nanti.

Menurut Ketua E-Sukan Riot Games Asia Tenggara, Hong Kong, Taiwan dan Macau, Chris Tan perlawanan itu diadakan bagi tujuan untuk memeriahkan lagi komuniti Valorant di rantau itu.

“Kami berasa sangat gembira dengan sambutan yang amat memberangsangkan daripada para pemain VALORANT di Asia Tenggara.

“Perlawanan jemputan amal ini akan menjadi platform bagi kami menyatukan kesemua pemain yang suka menonton dan berkongsi pengalaman masing-masing menerusi VALORANT.

“Kami berharap dapat memberikan pengalaman unik untuk para pemain VALORANT dalam masa yang terdekat,” kata Chris dalam satu kenyataan media pada hari ini.

ICYMI: Gameplay Valorant dari editor WTM Today, Mariah Ahmad

VALORANT SEA Invitational akan melibatkan persaingan dari 30 pencipta kandungan terkenal dari Filipina, Malaysia, Singapura, Taiwan dan Thailand.

Selain menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM42,000 (AS$10,000), kejohanan ini juga akan memberi sumbangan kepada Dana Bantuan Coronavirus GlobalGiving.

VALORANT SEA Invitational ini akan disiarkan secara langsung dalam Bahasa Inggeris, Mandarin, Thai, Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia.

Ia juga boleh ditonton di Facebook, YouTube dan Twitch.

Selain Soloz dan MasterRamen, berikut adalah antara peserta yang akan menyertai Valorant SEA Invitational 2020:

  • Luthfi Halimawan dan Watchout Gaming (Indonesia)
  • GlocoGaming dan Maggiekarp (Filipina)
  • Sombrero dan Afiz (Singapura)
  • Xargon dan HEHE (Taiwan)
  • Xcrosz dan Badness Gamer (Thailand)

VALORANT merupakan satu permanain video tembakan taktikal 5 lawan 5 yang diterbitkan Riot Games. Ia dilancarkan pada 2 Jun yang lalu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved