Connect with us

VALORANT

VALORANT dilancarkan pada 2 Jun

Published

on

PERMAINAN video tembakan taktikal 5v5, VALORANT akan dilancarkan secara percuma di seluruh dunia pada 2 Jun nanti, menurut Riot Games.

“Objektif kami sentiasa mahu membawakan VALORANT di peringkat dunia secepat mungkin. Jadi kami sangat teruja untuk melakukannya pada 2 Jun nanti.

“Pihak kami memandangkan ke hadapan untuk memulakan komitmen untuk komuniti VALORANT di peringkat global bagi tahun-tahun yang akan datang.

“Ini merupakan permulaan perjalanan kita bersama,” kata Penerbit Eksekutif VALORANT di Riot Games, Anna Donlon dalam satu video pengumuman pada malam tadi.

Sebelum ini VALORANT dilancarkan pada fasa beta tertutup sejak 7 April.

Versi beta itu akan ditamatkan pada 28 Mei nanti bagi membolehkan pihak Riot Games untuk menetapkan semula akaun pemain dan kandungan baharu dalam VALORANT.

Pada 8 April lalu VALORANT mencatatkan 1.7 juta tontonan serentak di platform penstriman langsung Twitch, lapor The Verge.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved