Connect with us

VALORANT

VALORANT: TODAK kalahkan RRQ Endeavour 2-0, mara ke playoff Royal SEA CUP

Published

on

PASUKAN Valorant negara, TODAK berjaya mara ke pusingan penentu (playoff) kejohanan Asia Tenggara Royal SEA Cup 2020 selepas berada di kedudukan teratas peringkat kumpulan C semalam.

TODAK yang memulakan misi kejuaraan peringkat kumpulan dengan penuh keyakinan menewaskan pasukan Thailand Armory Gaming 2-0 pada pusingan pembuka tirai.

BACA: Todak tubuh skuad VALORANT, miliki Team LZ

Namun begitu, TODAK kalah 0-2 kepada pasukan Indonesia BOOM Esports selepas gagal melakukan comeback pada pusingan kedua.

Pada pusingan kedua yang berlangsung di peta Haven, TODAK ketinggalan 2-9.

TODAK dilihat sangat sukar berada di bahagian Attackers apabila sebarang perancangan dan strategi dari pasukan itu untuk melancarkan Spike digagalkan BOOM Esports.

Selepas bertukar posisi, TODAK tidak mensia-siakan kelebihan yang ada sebagai Defenders apabila terus mengutip mata sehingga mendekatkan jarak dengan BOOM Esports 7-9.

Situasi bagaimana pun memihak kepada BOOM Esports yang dilihat mempunyai kerjasama dan komunikasi lebih berkesan sehingga mengalahkan TODAK 2-0 dalam perlawanan itu.

Tidak mahu pulang dengan tangan kosong, TODAK perlu melakukan sesuatu pada perlawanan akhir kumpulan C menentang RRQ Endeavour.

TODAK yang pada mulanya bermain sebagai Attackers ketinggalan 0-2 kepada RRQ Endeavour, memilih untuk menukar tempat pelancarkan Spike dari bahagian B ke bahagian A.

Mereka mendominasi bahagian A sehingga mampu bangkit 3-2. Bertukar strategi pada pusingan seterusnya, TODAK menghantar empat pemain ke bahagian B kecuali Shamir Aliff (Subbey) yang bermain sebagai Sova di bahagian tengah peta Split.

Strategi tidak menjadi apabila pemain RRQ Endeavour Frostmisty yang menggunakan Omen melancarkan Paranoia dan berjaya mendapatkan dua pemain TODAK, Mohamad Haiqal (bbalto0o) dan Mathanraj Munisparan (theDoctorr).

Pada pusingan ketujuh di Split, TODAK kembali ke bahagian A untuk melancarkan Spike. TODAK dilihat selesa dalam melancarkan serangan di kawasan itu, sehingga mampu menambah mata menjadi 4-3.

Terus mendapat rentak dan momentum, TODAK tidak mahu memberi peluang langsung kepada RRQ Endeavour sehingga berjaya menguasai perlawanan dengan mata 10-4.

Meski RRQ Endeavour berjaya mencuri dua mata pada pusingan yang berikutnya, TODAK berjaya mendapatkan perlawanan menentang pasukan Indonesia itu dengan mata kemenangan 13-6.

Menerusi kemenangan itu, TODAK berjaya meneruskan misi untuk menjuarai Royal SEA Cup 2020 yang menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM104,000.

Kejohanan itu akan berlangsung sehingga 27 September nanti.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved