Connect with us

VALORANT

Ejen baharu Valorant akan hadir pada 27 Oktober?

Published

on

Foto: VALORANT

PEMBANGUN e-sukan Valorant, Riot Games hari ini mengacah ejen baharu yang diramalkan akan diperkenalkan kepada pemain pada 27 Oktober nanti menerusi kemaskini 1.10, Act III.

Dalam satu kenyataan hari ini, pegawai komunikasi Valorant, Jeff Landa bagaimanapun tidak menjelaskan secara lanjut mengenai butiran ejen tersebut namun memuat naik satu gambar serigala yang berada di tengah-tengah hutan dengan kesan khas di bahagian mata, telinga dan ekor binatang itu.

Foto: playvalorant.com

Pihak Valorant juga dilihat memuat naik satu poster wanita memakai pakaian berwarna hijau dilengkapi dengan set kulit senjata baharu Valorant iaitu Singularity.

Set itu akan hadir untuk senjata Phantom, Sheriff, Spectre, Ares dan Melee.

Foto: playvalorant.com

Peta baharu Icebox

Sementara itu, satu peta baharu akan diperkenalkan kepada peminat iaitu Icebox pada 13 Oktober untuk mod Unrated dan 27 Oktober untuk mod kompetitif.

Icebox adalah lokasi fasiliti penyelidikan Kingdom yang terbiar dan terletak di kawasan kutub beriklim sejuk.

Ia juga dilengkapi dengan kemudahan luncur keluang (zip line) yang memberi peluang kepada pemain di bahagian Defender untuk mencapai ketinggian tertentu dalam peta itu.

Mod Kompetitif Act III

Nafas baharu mod kompetitif akan bermula pada 13 Oktober nanti dengan pengenalan giliran ranking yang lebih ketat (Rank Queue), pemilihan pelayan (Preferred Server) dan bagi ranking Immortal-Plus , ia akan ditentukan secara 100 peratus berdasarkan keputusan kalah menang.

Bagi anda yang mahu mengetahui perkembangan terkini Valorant, boleh layari PLAYVALORANT.COM.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved