VALORANT
Ayumiii, RRQ Kaguya mara ke playoff VCT Game Changers Asia Pasifik

Queen of FPS Malaysia, Nurul Aini (Ayumiii), yang kini bermain untuk pasukan Indonesia, RRQ Kaguya berjaya mara ke peringkat kalah mati Kejohanan VCT Game Changers: Asia Pasifik Open 2 2023.
Pada peringkat kumpulan, RRQ Kaguya hanya kalah sekali sahaja dalam 5 pusingan yang dimainkan.
Peringkat playoff akan bermula 6 Jun nanti dengan format Double-Elimination.
Selain Ayumiii, RRQ Kaguya terdiri daripada:
🟡Nabbsky
🟡Alluka
🟡bess
🟡capriciouS
Ayumiii mula menyertai RRQ Kaguya sejak 19 Januari yang lalu, selepas tamat berkhidmat untuk Alter Ego Celestè.
Bersama Alter Ego Celestè, Ayumiii banyak menjuarai kejohanan peringkat Asia Pasifik secara berturut-turut pada tahun 2021 dan 2020.
Sebelum menyertai arena kompetitif Valorant, Ayumiii pernah bermain e-sukan CS:GO dan PUBG secara profesional sejak berusia 16 tahun lagi.
Antara rekod pencapaian Ayumiii sebelum sertai Valorant termasuklah:
🟡PUBG OMEN by HP Kelayakan Malaysia (Juara) – 2018
🟡PUBG MY VS SG (Juara) – 2018
🟡WESG CSGO Kelayakan Malaysia (Juara) – 2019
🟡Legion of Valkyries CSGO (Juara) -2019
🟡Legion of Valkyries CSGO Asia Tenggara (Naib Juara) – 2019
🟡Kelayakan ZOWIE DIVINA CSGO ASIA (Juara) – 2019