Connect with us

VALORANT

Valorant: Lupakan flank Arab, Yoru ada kuasa manipulasi masa

Published

on

DALAM video sinematik berjudul ‘Retake: Episod 2’ yang dimuatnaik di YouTube pada semalam, Valorant mendedahkan ejen terbaharu yang dikenali sebagai Yoru.

Berasal dari negara Matahari Terbit, Yoru mampu mencipta jurang masa dalam realiti sehingga mampu menyelinap masuk ke kawasan pihak musuh secara senyap-senyap tanpa disedari.

Skil kekuatan dan silumannya membenarkan Yoru untuk memberi kejutan kepada pihak musuh sehingga tergamam untuk memberi respon.

Difahamkan Yuro mempunyai empat skil iaitu:

  • Ultimate: Spatial Drift (X – 7 kutipan orb)
  • Bait (100 kredit, 2 cas)
  • Stun (200 kredit, 2 cas)
  • Uninvited Guest (E – 1 cas percuma, selaras semula selepas 2 mata bunuh)

Skil paling utama Yoru adalah Spatial Drift, yang membenarkan ejen itu memasuki dimensi dan bergerak secara halimunan dan kebal dari sebarang serangan musuh selepas memakai sebuah topeng.

Foto: Topeng yang membenarkan Yoru melakukan skil Spatial Drift.- YouTube / Valorant

Skil ini dilihat sesuai untuk melakukan serangan hendap atau mendapatkan lokasi kedudukan musuh.

Sementara itu, bagi skil Umpan atau ‘Bait’ adalah keupayaan Yoru yang boleh mengeluarkan simulasi jejak tapak kaki di lokasi tertentu.

Walaupun bunyi tapak kaki ini agak berbeza dengan bunyi tapak kaki biasa seperti ejen lain, ia mampu memberi kekeliruan kepada pihak musuh untuk seketika.

Foto: YouTube / Valorant

Skill Stun Yoru pula menyerupai skil flash ejen Phoenix, Breach dan Skye yang boleh membutakan pihak musuh atau rakan sepasukan sendiri dalam tempoh tertentu.

Skil Stun Yoru berfungsi selepas ia melantun atau mengena sesuatu permukaan sebelum meletup mengeluarkan pancaran yang menyilaukan.

Foto: YouTube / Valorant

Selain itu, Yoru juga mampu melakukan rentas jarak (teleport) seperti ejen Omen dengan skil Univited Guest.

Menerusi skil ini, Yoru mempunyai abiliti untuk mengeluarkan portal di lokasi-lokasi dalam peta yang ditetapkan dan melakukan rentas jarak di lokasi itu.

Yoru juga mempunyai pilihan untuk tidak melakukan rentas jarak dan hanya membiarkan portal itu untuk bergerak sendiri.

Episod 2 Valorant akan bermula 12 Januari nanti dan dijangka akan memberikan kemas kini dalaman permainan yang terbaharu, termasuk pengenalan hero baru, Yoru. Muat turun e-sukan Valorant, di sini: playvalorant.com.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved