Connect with us

VALORANT

Dari CSGO ke Valorant, Aiman kini jurulatih TODAK

Published

on

Pemain yang berpengalaman dalam e-sukan CSGO, Aiman Azham kini dilantik menjadi jurulatih pasukan Valorant TODAK.

Aiman berkata pasukannya mensasarkan untuk mengutip gelaran juara sebanyak mungkin untuk menjadi yang terbaik di Asia Tenggara.

“Kami mahu mendapatkan kejuaraan Asia Tenggara, sekurang-kurangnya dalam kelompok tiga terbaik rantau itu.”

“Saya percaya kita perlu meletakkan tekanan sedemikian rupa untuk terus maju dan merentas segala cabaran yang kami ada,” katanya ketika dihubungi WTM Today baru-baru ini.

Pertukaran dari CSGO ke Valorant pastinya satu perkara yang perlu diadaptasi dengan cepat terutama apabila menggalas tanggungjawab sebagai jurulatih.

Namun bagi Aiman, ia dilihat sebagai satu cabaran yang menyeronokkan.

“CSGO dan Valorant sememangnya mempunyai pendekatan yang berbeza. Ia satu perkara yang menyeronokkan untuk beralih ke Valorant, tapi dalam masa yang sama ia juga mencabar.

“Banyak perkara yang perlu dipelajarai memandangkan tidak semua perkara di CSGO boleh diaplikasikan dalam Valorant.

“Permainan itu juga masih akan dikemaskini dan itu yang membuat kami teruja untuk bermain meta baharu,” tambah Aiman.

Aiman dan Todak kini sedang melakukan persiapan untuk VALORANT Challengers Malaysia & Singapura Minggu Pertama pada 5-7 Februari nanti.

Jelasnya rutin anak-anak buahnya sangat subjektif dan Todak sedang memberi tumpuan kepada analisis teori.

“Kadang-kala kami juga akan berlatih dengan pasukan-pasukan lain. Berdasarkan keputusan perlawanan, kami akan merancang semula fokus kami,” katanya.

Aiman sebelum ini pernah menjadi pemain profsional CSGO bersama Frost Fire, Orange Esports, JYP Gaming, MVP Karnal dan Team LZ.

Antara pencapaian tertinggi Aiman termasuk menjuarai IEM Beijing Asia Open Qualifier 2019.

Aiman juga sudah beberapa ke kali kejohanan antarabangsa seperti WESG, World Cyber Arena Finals, Asia Minor Championship Atlanta, eXTREMELAND ZOWIE Asia dan banyak lagi.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved