Connect with us

VALORANT

Valorant: Ayumiii sertai Alter Ego Ladies

Published

on

PEMAIN e-sukan muda dan berbakat besar Nurul Aini (Ayumiii) dipilih untuk menyertai barisan Valorant pasukan terkemuka Indonesia, Alter Ego bagi divisyen wanita.

Perkara itu diumumumkan dalam satu catatan Instagram Alter Ego pada malam tadi.

Menurut Ayumiii, dia sememangnya teruja dengan berita pemindahannya itu ke pasukan negara jiran.

“Saya rasa gembira kerana berpeluang untuk menyertai pasukan luar dan menimba pengalaman baharu,” kata pemain yang baru berusia 18 tahun itu ketika dihubungi WTM Today.

Ayumiii juga berkata jadualnya semakin sibuk dengan beberapa penganjuran kejohanan yang akan datang.

Pada minggu ini sahaja, Ayumiii akan menyertai Kejohanan Legion of Valyries: Valorant Mac 2021 dan Liga E-Sukan Wanita (FSL).

Sebelum ini Ayumiii juga pernah bermain e-sukan lain seperti CSGO dan PUBG.

Dia juga beberapa kali mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa menerusi e-sukan itu.

Antara kejohanan yang pernah dimenangi Ayumiii termasuklah:

  • PUBG OMEN by HP Kelayakan Malaysia (Juara) – 2018
  • PUBG MY VS SG (Juara) – 2018
  • WESG CSGO Kelayakan Malaysia (Juara) – 2019
  • Legion of Valkyries CSGO (Juara) -2019
  • Legion of Valkyries CSGO Asia Tenggara (Naib Juara) – 2019
  • Kelayakan ZOWIE DIVINA CSGO ASIA (Juara) – 2019
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved