Connect with us

VALORANT

D4v4i, PPRX ke SEA Final Valorant, sasar ke Iceland

Published

on

Foto: PPRX

PEMAIN profesional Valorant tanah air, Ahmad Khalish Rusyaidee Nordin (d4v41) dan pasukannya Paper Rex berjaya melangkah masuk ke Valorant Champions Tour 2021: SEA Stage 2 Challenger Final (VCT SEA Final).

d4v41 berkata kemenangan itu sangat bermakna terutama apabila pasukannya baru sahaja membuat pertukaran dari CSGO ke Valorant pada dua bulan lalu.

“Kami telah berusaha keras untuk kejohanan ini kerana kami baru sahaja tukar dari CSGO ke Valorant dua bulan lalu. Kami sangat gembira dengan keputusan ini.

“Bagi kejohanan VCT SEA Final yang akan datang ini, kami mahu memberikan yang terbaik untuk mendapatkan slot ke Iceland (VALORANT Champions Tour 2021: Stage 2 Masters – Reykjavík).

“Selaku satu-satunya pemain Malaysia dalam kejohanan ini, saya mahu cuba yang terbaik untuk membanggakan tanah air. Malaysia Boleh!” kata D4v41 kepada WTM Today baru-baru ini.

Nama d4v41 memang tidak asing dalam dunia CSGO Malaysia dan Asia Tenggara. Pada 2 Mac 2019, pemindahan d4v41 dari Frost Fire ke pasukan Singapura Boot Letou bernilai kira-kira RM100,000.

Pada Februari lalu, dia menyertai skuad CSGO Paper Rex, sebuah organisasi e-sukan Asia Tenggara yang berpangkalan di Singapura.

Skuad itu bagaimanapun ditranformasikan semula kepada skuad Valorant. Berikut adalah senarai pemain Paper Rex ketika ini:

  • Kumeresan Ramani (Tommy)
  • Aaron Leonhart (mindfreak)
  • Jason Susanto (f0rsakeN)
  • Benedict Tan (Benkai)
  • Khalish Rusyaidee (d4v41)

Pada bulan April sahaja, Paper Rex telah memenangi VCT 2021: Peringkat Malaysia & Singapore Stage 2 Challengers 2 dan 3.

VCT SEA Final 2021 dijangka akan berlangsung pada 29 April 2021 sehingga 2 Mei nanti.

Ia melibatkan 10 pasukan terbaik Asia Tenggara dan menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM200,000 (AS$50,000).

Berikut adalah format dan jadual perlawanan:

Bracket dan jadual perlawanan Foto: Riot Games / Valorant
Format dan agihan wang terkumpul. Foto: Riot Games / Valorant
Senarai pasukan yang menyertai Valorant SEA Playoff. Foto: Riot Games / Valorant

Anda boleh tonton dan beri sokongan kepada pasukan-pasukan pilihan anda termasuk Paper Rex di Facebook Valorant Esports.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved